in

“Kena pakai rantai besi kot” – Doktor Bengang Hand Sanitiser Dekat Hospital Asyik Kena Curi

Collage 64

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, seorang pakar bedah ortopedik, Dr Mahyuddin di laman Twitter peribadinya telah memuatnaik gambar beberapa hand sanitiser yang dicuri oleh individu tak bertanggungjawab.

Menurut doktor ini, hand sanitiser sangat penting untuk petugas-petugas di hospital kerana dorang perlu bersihkan tangan setiap kali bergerak bagi meminimakan risiko jangkitan antara pesakit.


So, bila ada individu yang tak bertanggungjawab curi hand sanitiser, secara tak langsung ia dah menyusahkan petugas-petugas di hospital. Lebih-lebih lagi dorang perlu bergerak cepat dan tak ada masa nak basuh tangan dengan sabun selama 20 saat.

Screenshot 2020 03 25 At 5.34.08 Pm

Lebih mengecewakan, walaupun hand sanitiser di hospital telah diikat dengan wayar kabel, individu tak bertanggungjawab tetap nak curi juga.

Doktor ini turut sertakan gambar seorang individu tak malu tunjuk dia curi hand sanitiser dari hospital yang tular baru-baru ni.

Apalah masalah nak curi hand sanitiser dekat hospital? Kerajaan suruh duduk rumah kan? Tak tahu ke cuci tangan tu lagi bagus dari pakai hand sanitiser? So yang gigih nak susahkan petugas tu kenapa? Susah ke nak basuh tangan kat rumah? Haih, tak fahamlah…

 

Baca: “Kakak saya doktor dekat situ” – Netizen Kecam Instafamous Sebab Curi Sanitizer Dari Hospital, Siap Tayang Dekat IG!

Curi Sanitizer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.