in

Kena Cekup Dengan Jabatan Agama, Lelaki Bagi Alasan Takut Cicak Punca Dia Tidur Dengan 2 Perempuan

Feat 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang remaja lelaki berusia 20 tahun baru-baru ini telah dicekup dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu semasa melakukan serbuan di sebuah chalet di Pulau Perhentian pada Jumaat lepas.

Remaja ini telah ditahan ketika dia berada di dalam selimut bersama dua teman wanitanya yang dijangka berusia diantara 20 ke 30 tahun.


15285066 1663760726982915 8925992417909600590 N
Gambar hiasan

Menurut Sinar Harian, Nik Zuhaiza Ismail, Ketua Penolong Pesuruhjaya JHEAT mengatakan bila lelaki ini disoal, dia bagi alasan yang sangat merepek.

Dikatakan, lelaki ini memberitahu Zuhaiza yang dia takut dengan cicak besar dalam biliknya sampai dia tak boleh nak tidur dekat situ. Sebab tu dia tidur dekat bilik dua wanita itu. Tapi kat Perhentian memang banyak pun biawak besar-besar…

1490597958
Gambar hiasan

Bila disiasat, pihak JHEAT menemui yang tiga suspek yang dicekup ini telah merancang untuk menempah dua chalet bersebelahan dengan satu sama lain.

Tapi bukan tu je yang pihak JHEAT jumpa.

“Semasa serbuan dilakukan, kami temui yang bilik tersebut disewa di bawah nama lelaki tersebut. Juga, salah seorang dari wanita tersebut merupakan isteri orang.”

Selain lelaki ini, seorang lelaki berusia 40 tahun turut ditangkap kerana tidur bersama teman wanita separuh dari usianya.

Kesemua suspek ini telah disoal siasat dan ditahan di bawah Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah kerana berkhalwat.

 

Baca: “Kan dah malu” – Polis Kena Tangkap Khalwat Dengan Bidan, Penduduk Bawa Keliling Kampung Separuh Bogel

Screenshot 2019 09 10 At 4.13.28 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.