in

“Ini untuk lelaki tersakiti” – Lepas 3 Tahun, Lelaki Ni Akhirnya Menang Kes Saman Bekas Tunang Sebab Cancel Wedding

collage 45

Tak lama dulu, tular kisah tentang seorang lelaki, Ezrin yang mahu menyaman tunangnya selepas dia kerugian hampir RM30,000 apabila bakal pengantin perempuan memutuskan hubungan mereka, 21 hari sebelum hari perkahwinan.

Ezrin dan tunangnya putus secara rasmi pada 31 Disember 2016, dan pada Julai 2017, lelaki ini mengambil keputusan untuk menyaman bekas tunangnya bagi membayar ganti rugi persiapan kahwin mereka.

Mana taknya, perkahwinan pun tak sampai sebulan, persiapan dari dewan kahwin sampailah ke goodies semua dah sediakan, tapi akhirnya membazir. Tak kira malu lagi…

DECgWHXUMAQajkv

Setahun yang lalu kita berjanji untuk bersama namun hakikatnya kau mungkir. Kau sakiti aku, kau duakan aku.”

Lepas tiga tahun turun naik mahkamah, akhirnya semalam Hakim Mahkamah Syariah Rendah Kuala Kubu Bharu memutuskan bekas tunang Ezrin perlu membayar ganti rugi kerana wanita ini gagal mengemukakan alasan kenapa dia enggan berkahwin.

https://twitter.com/ezrinmn/status/1206860487024988160?s=20

Aku harap def mengambil iktibar dan tak ulang kesilapan ni lagi kat orang lain”

Dalam perbualan di Twitter, Ezrin turut menjelaskan yang bekas tunangannya itu hanya perlu membayar kos ganti rugi saja tanpa perlu membayar kos guaman.

Screenshot 2019 12 18 at 10.52.28 AM

Kemenangan bagi lelaki yang tersakiti

Netizen juga turut bersorak mendengar kemenangan yang dinanti-nanti sejak tiga tahun lalu ini.

Screenshot 2019 12 18 at 10.52.28 AM 1 Screenshot 2019 12 18 at 10.54.42 AM Screenshot 2019 12 18 at 10.54.56 AM Screenshot 2019 12 18 at 10.55.33 AM

Harapnya kes ni dapat jugak jadi pengajaran pasangan dekat luar sana. Semua benda pun ada penyelesaiannya, so jangan buat keputusan drastik sampai orang lain merana ya?

 

Baca: Lelaki Saman Ganti Rugi Bekas Tunang Kerana Batalkan Perkahwinan 21 Hari Sebelum Majlis

Screenshot 2019 12 18 at 11.01.17 AM