in

Kemasukan Percuma Ke Lokasi Tarikan Utama Buat Pelancong Yang Pakai Kebaya Nyonya Tradisional Di Melaka

feature image 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama lagi, pelancong Melaka yang memakai baju kebaya Nyonya tradisional untuk melawat lokasi tarikan pelancong di negeri Melaka bakal mendapat kemasukan percuma ke tempat tarikan pelancong seperti Zoo Melaka, River Cruise dan sebagainya.

masuk percuma
Gambar Sekadar Hiasan

Kemasukan percuma ke lokasi tarikan pelancong itu diumumkan oleh Datuk Seri Ab Rauf Jusoh iaitu Letua Menteri Melaka baru-baru ini.


Menurut laporan The Star, inisiatif kemasukan percuma buat pelancong yang memakai kebaya tradisional Nyonya itu dibuat untuk menghargai dan mengekalkan warisan Cina Peranakan dan komuniti Chetti di Melaka.

Difahamkan, pakej kemasukan percuma jika memakai baju kebaya tradisional Nyonya itu bakal diperkenalkan pada tahun hadapan termasuklah perkhidmatan Melaka River Cruise.

kebaya nyonya
Gambar Sekadar Hiasan

Artikel Berkaitan: Baba Nyonya Kini Diiktiraf Sebagai Etnik Dalam Sijil Lahir, Ini Asal Usul Mereka Yang Ramai Tak Tahu

Artikel Berkaitan: “Cerminkan kekuatan Malaysia sebagai negara berbilang kaum” – Budaya Sarapan Malaysia Diiktiraf UNESCO

Difahamkan lagi, inisiatif tersebut juga selari dengan strategi pelancongan negeri itu untuk menonjolkan lagi identiti pelbagai budaya di Melaka sekali gus menggalakkan pelancong untuk merasai sendiri tradisi tempatan.

Menurut beliau lagi, budaya negeri Melaka bukan hanya perlu dikekalkan malah ia juga perlu dikongsikan dengan dunia.

Sumber: The Star

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.