in

Kemaluan Lelaki Digigit Ular Sawa, Tengah ‘Berehat’ Dalam Lubang Jamban

Ular Sawa Says Hi E1660445400310

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak rasa macam takut-takut bila nak kencing atau buang air besar? Ada tak rasa paranoid yang ular akan muncul dekat lubang jamban tu?


Memang patut pun kita paranoid! Sebab apa? Baru-baru ni, ada seorang lelaki cedera sebab digigit ular waktu dia tengah ‘melabur’.

Menurut Metro, Terdsak Kaewpangpan, 45, cedera di bahagian kemaluan sebab kena gigit dengan ular sawa sepanjang 10 kaki waktu tengah buang air besar.

Ular 2
sumber: metro

Kejadian tu berlaku di sebuah pejabat dekat Bangkok, Thailand pada Jumaat lepas di mana Terdsak tak perasan yang ular sawa tu sedang ‘berehat’ dalam lubang jamban. Dia kemudian rasa semacam apabila kemaluannya tiba-tiba sakit.

Saya baru nak bangun daripada jamban. Tiba-tiba terasa gigitan dekat kemaluan. Saya terus dapat agak ianya ular. Saya terus bangun dan tarik kepala phyton tu daripada mengigit kemaluan.”

Ular 4

Ular 3
sumber: radio gunk

Terdsak kemudian menjerit kesakitan dan darah pun mula keluar dengan banyak. Rakan kerja yang terdengar jeritannya tu terus bergegas bawa Terdsak ke hospital di mana dia menerima 15 jahitan disebabkan 4 luka gigitan.

Kata Terdsak, dua bulan lepas seorang staf di syarikat tu ada ternampak ular dalam tandas dan siap bergurau yang nanti haiwan tu akan gigit salah seorang daripada mereka. Kan jadi betul betul!

Mereka dah cuba tangkap tapi ular tu terlepas, so tandas tersebut kemudian tak digunakan lagi. Tapi, tanpa dorang sedari, kedua-dua tandas sebenarnya menggunakan saluran paip yang sama.

Ada dua tandas dalam bangunan ini dan ular tu pernah dijumpai di salah satu tandas. Kami berhenti gunakan tandas itu dan menyangka tiada masalah. Tanpa disedari, saluran paip tandas itu bersambung.”

Ular 5

Ular 1

Ular 6
sumber: radio gunk

Pasukan penyelamat datang dan ambil masa 30 minit untuk cuba keluarkan ular sawa tu. Difahamkan, ular itu akan dilepaskan di kawasan hutan.

Jadi, selama ular tu tinggal dalam saluran paip, dia makan taik dorang la? Berita macam ni laaa buat admin paranoid bila nak guna tandas!

Baca: Kalau Masuk Hutan Jangan Usik Sarang Ular Ni!

Tedung Hitam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.