in

“Keluarga bawa balik dari Jakarta” – Tak Tahu Punca Kematian, Mayat Terbiar 7 Jam Terpaksa Ditanam Ikut SOP Covid-19

Jenazah Jakarta

Jenazah seorang lelaki dibiarkan selama 7 jam di sebuah pusat kesihatan. Menurut mStar, lelaki itu menghembuskan nafas terakhirnya di Jakarta, bandar zon merah pandemik Covid-19 di Indonesia.

Keluarga kemudian membawa jenazahnya ke kampung halaman untuk dikebumikan di daerah Tamansari, Kota Tasikmalaya pada Selasa baru-baru ini.

Namun sebaik saja sampai di kampung, jenazah tersebut dibiarkan begitu saja di depan pusat kesihatan masyarakat selama 7 jam. Akibat dibiarkan lama, pasukan perubatan yang lengkap dengan peralatan perlindungan diri (PPE) datang untuk bantu menguruskan jenazah. Menurut Ketua Jabatan Kesihatan Kota Tasikmalaya, Uus Supangat,

“Betul, kelmarin ada maklumat jenazah dari zon merah Jakarta dan dibawa keluarga ke Kota Tasikmalaya tanpa protokol kesihatan kerana tidak maklum mengenainya.”

“Jadi jenazah telah diletakkan di depan pusat kesihatan. Maksudnya keluarga telah bawa jenazah untuk diperiksa sebelum dikebumikan.”

Jenazah1

Meskipun begitu, pihaknya dikatakan belum mendapat maklumat sama ada jenazah tersebut positif atau negatif wabak coronavirus.

Sebagai langkah berjaga-jaga jenazah telah diuruskan mengikut SOP pesakit Covid-19 kerana dia meninggal dunia ketika di Jakarta yang kini disahkan sebagai zon merah Covid-19.

Menurut ahli keluarganya, lelaki itu sudah sakit selama hampir seminggu sebelum meninggal dunia di Jakarta. Rupa-rupanya ahli keluarga membawa jenazah pulang dengan harapan untuk membuat pemeriksaan  Covid-19 di pusat kesihatan terbabit.

“Kami pegawai pusat kesihatan hanya dapat melakukan setakat termampu untuk merawat pesakit. Jadi kami lakukan mengikut prosedur dan protokol yang dietapkan apa lagi jenazah dari zon merah koronavirus iaitu Jakarta.”

Jenazah2

Baca: “Sekampung sekarang terancam jadi pembawa” – [Video] Pesakit Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Keluarga Mengamuk Nak Bawa Jenazah Balik

Covid4 2

Sumber: mStar
Sumber: The Star