in

Kelantan Cadang Sebat Pesalah Syariah di Stadium, Masjid

Sebatan
epa05588494 An Acehnese woman is being whipped in front of the public at Baiturrahman Grand Mosque, Banda Aceh, Indonesia, 17 October 2016. Seven Acehnese couples were sentenced to be whipped 10 to 25 times for violating the sharia law for dating between a man and a woman without married. Aceh is the only province in Indonesia which implemented the Islamic sharia law and whipping punishment is one form of punishment imposed in Aceh for violating the Sharia. EPA/HOTLI SIMANJUNTAK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas isu hukuman sebat dijatuhkan kepada pesalah LGBT baru-baru ni, kerajaan Kelantan pulak cadang nak tetapkan pindaan hukuman sebatan di khalayak ramai bagi pesalah jenayah syariah.


Menurut Malaysiakini, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob cadang hukuman ni dijalankan kat tempat seperti dewan tertutup, di dalam atau kawasan masjid dan stadium.

“Sehingga ini masih dalam perhatian untuk diwartakan, yang boleh menyebabkan kita rotan di khalayak ramai.

“Kita dalam cadangan dan perbincangan pertamanya dalam dewan tertutup, di dalam atau kawasan masjid dan stadium,” katanya.

Bagaimanapun, hukuman sebatan ni tak libatkan sebatan terhadap pesalah LGBT macam yang berlaku kat Terengganu hari tu. Hal ni kerana, kerajaan Kelantan amalkan hukuman berbeza mengikut Seksyen 15, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan No 2 1985.

Seorang perempuan yang sengaja lakukan musahakah (hubungan sejenis) dengan perempuan lain akan didenda tak lebih RM500 atau penjara. Oh lain pulak hukumannya!

Pindaan sebat di khalayak ramai ni hanya melibatkan kesalahan seperti:

  • Minum arak
  • Liwat
  • Tuduhan zina dan qazaf
Khalwat
sumber: blog

Walau bagaimanapun, tak diketahui bila hukuman sebat di khalayak ramai ni dapat dijalankan nanti.

“Pewartaan masih dalam proses, mungkin kita perhatikan beberapa perkara di pelbagai peringkat dan peringkat Dewan Negara,” katanya.

Apa pendapat korang mengenai hukuman sebat di khalayak ramai ni? Wajar tak dilakukan? Kongsikan pendapat korang di ruang komen! 

Baca: “Beromen dalam kereta tak malu. Disebat depan 100 orang malu!” 

Kesian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.