in

Kekurangan Bukan Penghalang Gadis Berusia 23 Tahun Capai Impian Untuk Jadi Pakar Psikologi

Page Eunice

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang mempunyai dugaan hidup yang berlainan dan mempunyai cara serta kekuatan sendiri dalam mengharungi setiap cabaran yang mendatang. Kadang kala, terdapat individu istimewa yang diuji lebih dari orang lain dengan kekurangan.


Tetapi, kekurangan tak boleh dijadikan alasan untuk tidak berusaha dalam mengharungi kehidupan.

Eunice Lee, 23, mempunyai kelainan serta dibesarkan oleh ibu bapa yang juga mempunyai kekurangan, namun, tidak menjadikan itu sebagai penghalang dalam mencapai impian untuk menjadi pakar psikologi.

Sc1

“Mak saya, Puan Wong, mengalami arthritis, Sindrom Carpal Tunnel serta hampir buta sementara bapa saya buta sepenuhnya dan didiagnos dengan kencing manis, kolestrol dan tekanan darah tinggi.”

Eunice dilahirkan dengan Sindrom Pierre Robin dan Glaukoma. Glaukoma merupakan kondisi yang boleh membawa kepada buta. Walau bagaimanapun, dia bernasib baik kerana kebanyakan masalah yang dihadapi telah dirawat ketika masih bayi dan semasa di bangku sekolah.

Sc2

Tetapi, anda mesti terfikir bagaimana seorang individu dengan kecacatan fizikal dapat membesar bersama ibu dan bapa yang cacat penglihatan?

“Sebenarnya saya rasa macam membesar dalam keluarga yang normal. Bezanya, ada masa kami kena jadi mata kepada ibu bapa untuk terangkan benda yang mereka tak dapat lihat. Tapi, selain dari itu, ibu dan bapa saya sangat berdikari”

Ibu Eunice sangat berdikari dan menjalankan kehidupan seharian seperti ibu yang lain kerana mampu menyediakan sarapan untuk keluarga, membuat kerja marketing serta kerja rumah. Di sebelah malam pula, Puan Wong sering kali meluangkan masa untuk berbual dengan anak-anaknya. Ayahnya pula, walaupun buta sepenuhnya, merupakan seorang cikgu.

Sc3

Malangnya pada usia 15 tahun, Eunice mengalami kemurungan atau depresi dan pada usia 17 dan 18 pula, dia didiagnos mempunyai Major Depressive Disorder dan Borderline Personality Disorder serta mempunyai Astigmatism.

“Membesar di sekolah kebangsaan bukan senang untuk saya. Saya pernah dibuli cikgu dan rakan sekelas sebab mempunyai masalah penglihatan dan mental.”

Bukan itu sahaja, Eunice pernah beberapa kali terfikir untuk membunuh diri sehingga perlu dimasukkan ke wad psikiatrik beberapa kali.

Sc4

Walaupun dengan pelbagai cabaran yang perlu ditempuh Eunice, dia masih mampu menyemat cita-cita untuk menjadi pakar sakit mental bagi membantu mereka yang memerlukan di klinik atau NGO. Dia juga kini semakin hampir untuk merealisasikan impiannya kerana sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Psikologi.

Sc5 Sc6

Pesan Eunice, sekiranya anda kurang upaya atau menghadapi masalah kesihatan mental, ingatlah yang anda tak bersendirian. Ketahuilah ramai orang di luar sana yang mahu untuk membantu dan Tuhan mengasihi kita. Anda akan ok!

Biarpun perlu menghadapi kepayahan, individu ini dan keluarganya tetap teguh berdiri dan bangga memberitahu #KitaOK meneruskan kehidupan dalam mencapai cita-cita walaupun dengan keupayaan yang berbeza dengan orang lain.

So, macam mana tu nak make sure #KitaOK sentiasa? Caranya mudah je! Sambil melindung diri, korang jugak berpeluang untuk menyertai pertandingan dan boleh menang percutian ke Perth, Australia untuk dua orang, telefon pintar iPhone X 64GB atau MyDNA kit!

Langgan pelan PruBSN Anugerah sekarang dan sertai Peraduan Hashtag #KitaOK. Tempoh peraduan adalah dari 1 Februari hingga 31 Mac 2018.”

Untuk menyertai, anda cuma perlu:

Langkah 1: Ambil gambar selfie atau wefie dan muat naik ke laman Facebook dan/atau Instagram peribadi anda.

Langkah 2: Sertakan #KitaOK dan #PruBSN di dalam kapsyen gambar anda.

Langkah 3: Emelkan screenshot gambar, URL entri dan nombor sijil PruBSN Anugerah anda ke kitaok@prubsn.com.my

Kitaok Pru

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di sini.

Selain kekuatan diri untuk memastikan kita tabah dalam meneruskan kehidupan seharian, kita juga perlukan bantuan seperti takaful untuk melindungi diri agar kita tahu yang #KitaOK untuk menghadapi hari yang mendatang.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.