in

Kekuatan Tentera Genghis Khan Disebabkan Yogurt? Ini 5 Fakta Yang Korang Perlu Tahu

Rahsia Yogurt Genghis Khan

Genghis Khan merupakan satu nama yang cukup terkenal untuk mereka yang meminati sejarah, pengasas dan pemerintah Empayar Mongol (Mongolia) ini memerintah sehingga tahun 1227 dan beliau sangat digeruni kerana mempunyai bala tentera yang kuat dan ramai.

Walaupun digeruni dan dikatakan kekuasaan atau taklukan Mongolia ketika itu sampai ke Eropah, Asia dan hampir-hampir ke nusantara dan dalam kegerunan tersebut, menurut kisah lagenda, rahsia kekuatan tentera ini terletak pada pemakanan.

Menurut beberapa penulisan, Genghis Khan ini telah mengarahkan tenteranya untuk meminum susu yang telah diperam. Kalau nak tahu, susu yang ‘diperam’ inilah dipanggil yogurt hari ini yang mana ia dihasilkan melalui proses penapaian susu dan dibantu oleh bakteria yang disebut sebagai ‘kultur yogurt’.

Yogurt Ancient Nomads

Selain kisah Genghis Khan ini, sebenarnya ada banyak lagi cerita menarik tentang yogurt ni, antaranya :

1. Terhasil disebabkan bakteria dan menggunakan ‘susu yang diperam’

Menurut sejarah, yogurt ini sendiri ditemukan secara tak sengaja oleh pengembala haiwan. Difahamkan, pada waktu dulu, susu haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan sebagainya akan disimpan dalam beg yang dihasilkan daripada kulit haiwan.

Airag Mongolia

Nak dijadikan cerita, pengembala tersebut terlupa yang dia ada menyimpan susu dan membiarkannya selama beberapa hari dan disitulah khabarnya bagaimana yogurt ditemui.

2. Pernah dihantar sebagai ‘hadiah’  

Menurut kisah, pemerintah Perancis yang dikenali sebagai Francis I yang memerintah negara berkenaan dari tahun 1515 sering mengalami masalah cirit-birit berterusan, jadi kerajaan Uthmaniyah telah memberikan hadiah ‘istimewa’ untuk mengatasi masalah tersebut.

Menurut kisah, selepas menerima hadiah tersebut, Francis I tidak lagi mengalami masalah cirit-birit, dan hadiah yang diterimanya sebenarnya adalah yogurt!

3. Yogurt adalah istilah terkawal

Photo 1506617420156 8E4536971650

Di Amerika Syarikat, ‘yogurt’ ialah istilah yang dikawal oleh persekutuan dan difahamkan ia hanya boleh merujuk kepada produk yang mempunyai salah satu atau kedua-dua bakteria Lactobacillus bulgaricus dan Streptococcus thermophilus.

4. Mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan

Walaupun ada pelbagai fakta lain lagi, namun fakta yang jelas tentang yogurt adalah ianya memberikan banyak manfaat serta mengandungi khasiat untuk meningkatkan kesihatan seperti : 

  • Membantu penghadaman serta berkesan untuk mengatasi masalah sembelit dan cirit birit.
  • Meningkatkan daya tahan atau imunisasi badan
  • Mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan tulang
  • Boleh membantu kawal berat badan

Kalau nak tahu, di pasaran sekarang ini ada pelbagai variasi produk berasaskan yogurt, dan kalau korang rajin ke pasar raya pasti pernah ternampak minuman yogurt yang macam ini : 

 

Marigold Bm Post

Minuman yogurt ni sama juga mempunyai banyak khasiat selain boleh menggantikan tabiat meminum air manis dengan pilihan yang lebih sihat dan berkhasiat.

Apa istimewanya Yogurt MARIGOLD?

“Kebaikan sebenar Minuman Yogurt MARIGOLD mengandungi 3 jenis kultur hidup yang membantu mengekalkan usus yang sihat”

Yang bestnya pasal minuman Yogurt MARIGOLD ni, ia diperbuat daripada jus buah-buahan sebenar, bebas kolesterol, dan bebas lemak yang boleh diminum tanpa rasa bersalah! Jadi sesuai sangat untuk dibuat minuman harian.

Tekstur dia pun boleh cakap smooth jugak lah, tak pekat sangat, tak cair sangat, rasanya takyah cakap lah, memang sedap! Korang boleh tengok dekat sini, untuk cari dekat mana ada jual minuman yogurt MARIGOLD ni.

Untuk maklumat lanjut, boleh jugak dapatkan di Facebook rasmi MARIGOLD Yogurt MY ni.

p/s : Sekarang ni, dengar cerita ada promosi menarik MARIGOLD Yogurt Drink ni di Aeon seluruh negara. Beli 2 (botol 700g) @ RM8.69 sahaja! Tapi kena cepat, sebab promosi berakhir pada 31 Disember 2021, sementara stok masih ada. 

Sumber: UNESCO
Sumber: Unsplash
Sumber: Marigold