in

Kejutan Hari Lahir Bertukar Jadi Berita Menyedihkan Selepas Juruterbang Maut Dalam Nahas

2016 22 12 18 34 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Beachcraft B200T terhempas berhampiran Terminal Peluru, Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang petang semalam.


P1
sumber: kosmo

Nahas yang berlaku pada jam 5.18 petang itu menyebabkan juruterbang pesawat itu meninggal dunia manakala tiga lagi cedera.

TUDM dalam satu kenyataan berkata kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

P5
salah seorang mangsa nahas | sumber: berita harian
P4
sumber: berita harian
P2
sumber: berita harian

Juruterbang yang maut, Mejar Kayamboo Chellam dikatakan seharusnya menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-44 semalam.

Lebih menyedihkan lagi, seluruh ahli keluarga sudah pun merancang kejutan buat mendiang. Menurut  isteri Kayamboo, S.Usha, beliau baru sahaja tiba di rumah selepas waktu bekerja ketika menerima berita tragis itu.

“Saya sedang menunggu kepulangan suami di rumah ketika mendapat berita kematiannya.” kata Usha.

K1 2
mejar kayamboo chellam | sumber: new straits times

Sebaik menerima berita itu, Usha bersama ahli keluarga yang lain terus ke bilik mayat hospital lebih kurang jam 10.30 malam semalam dengan masih berpakaian seragam jururawat.

Ibu berusia 42 tahun yang menangis teresak-esak tanpa henti itu cuba ditenangkan ahli keluarga namun beliau terlalu sedih dan meraung,

Dia sudah tiada, dia sudah tiada.”

23Asdfsadfsdghj.transformed
sumber: new straits times

Menurut bapa saudara mendiang, A. Vijaykumaran, 58, anak saudaranya itu merupakan satu-satunya anak lelaki di dalam keluarganya dan seluruh ahli keluarga sudah tidak sabar untuk menjayakan rancangan kejutan hari jadi buat mendiang.

“Seluruh ahli keluarga sudah merancang satu kejutan parti hari jadi buat Kayamboo di rumahnya di Taman Sri Nibong, Pulau Pinang pada waktu malam.” katanya

Usha yang tidak mampu menahan kesedihan kemudian dibawa berjumpa Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum untuk sesi perjumpaan peribadi bersama ahli keluarga mangsa nahas.

Mayat mendiang Mejar C Kayamboo dilaporkan telah disemadikan di tanah perkuburan di Batu Lanchang hari ini, sebentar tadi.

K0
sumber: the star
Pg02 221216 Usha Jenazah
ahli keluarga memberi penghormatan terakhir sebelum mayat disemadikan

 

TUDM dalam satu kenyataan berkata, pesawat Beachcraft B200T itu merupakan antara aset penting TUDM dalam memelihara kedaulatan perairan negara dan sudah banyak berjasa pada tanah air. Sudah semestinya mendiang juga pasti sudah banyak berjasa, semoga keluarga bersabar dengan pemergiaan mendiang.

Img 20161221 Wa0021
beachcraft b200t

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.