in

“Kehilangan MH370 adalah peristiwa traumatik” – Harith Iskander ‘Sekolahkan’ Jocelyn Chia

ft harith sound pelawak spore

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan pelawak tanah air, Harith Iskander menyifatkan lawak yang dibuat oleh Jocelyn Chia dianggap tiada empati. Reaksi itu dibuat susulan dengan pelawak dari Singapura itu memperlekehkan Malaysia dan menggunakan MH370 sebagai modal untuk dijadikan bahan jenaka.

“Kehilangan pesawat MH370 adalah peristiwa traumatik yang mendalam bagi rakyat Malaysia.


“Sebagai pelawak, saya menghormati kebebasan bersuara yang diperlukan pelawak untuk menjalankan tugas kita, tetapi adalah sama pentingnya untuk menggunakan tahap kepekaan dan empati apabila melakukan sesuatu bahan komedi berdiri,” kata dalam satu posting di Instagram.

Tambah Harith lagi, apa yang dilakukan oleh Jocelyn menggusarkan rakyat Malaysia kerana sikapnya yang tidak peka terhadap tragedi ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harith Iskander (@harithiskander)

Adalah sama pentingnya untuk menggunakan tahap kepekaan dan empati apabila melakukan sesuatu bahan terutamanya topik yang mendalam, peribadi atau tragis.

“Komedi boleh menjadi alat yang berkuasa untuk ulasan sosial tetapi ia perlu digunakan dengan bertanggungjawab. Pelawak sebagai artis perlu menyedari impak kata-kata boleh menjadi pengaruh kepada orang lain. Kita perlu sedar potensi yang boleh dimiliki oleh kata-kata kita,” katanya.

Jelasnya lagi, sebagai seorang pelawak, komedi ini seperti semua bentuk seni adalah bentuk ekspresi subjektif.

“Itu bermakna, perkara yang melucukan kepada seseorang, mungkin tidak semestinya lucu kepada orang lain dan anda perlu mamahami konteksnya.”

“Saya tahu Jocelyn Chia sedang membuat persembahan di sebuah kelab di Amerika Syarikat, tetapi sebagai rakyat Singapura, dia perlu lebih bijak.”

“Malangnya, dia tidak sedar pada zaman ini media sosial berkuasa membawa isu mengenai Malaysia dan MH370 yang mungkin memberi kesan lebih meluas.”

81686141434 HinaMalaysia

Dalam pada itu, Harith menyatakan dia tidak menafikan bahawa dirinya ada juga menjadikan Singapura sebagai bahan jenaka, tetapi itu adalah gurauan mesra yang membolehkan kedua-dua negara ini hidup bersama.

“Saya ‘mengejek’ Singapura sepanjang masa. Ia adalah sebahagian daripada gurauan mesra yang membolehkan kita hidup bersama. Anda tahu kami seperti sepupu yang berdaya saing.

“Akhirnya Jocelyn sebelum saya berundur, saya hanya ingin mengatakan satu perkara, Malaysia mungkin masih sebuah negara membangun, tetapi apabila bercakap mengenai kebaikan dan keprihatinan kami pasti berada pada tangga pertama di dunia.”

Apa pandangan korang bila tengok video itu? Adakah ianya hanya sekadar jenaka? Atau ia satu hinaan?

Baca : Akaun Twitter Pelawak Singapura Persenda Malaysia Kena ‘Suspend’, Instagram Pula Dinyahaktifkan

ft suspend pelawak singapore 728x383 1

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.