Pastinya ramai sekarang tengah peka berkenaan isu lawak melampau daripada seorang ahli komedi dari negara Singapura, Jocelyn Chia terhadap negara Malaysia.
Isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial ini nampaknya menjadi serius apabila ia mendapat perhatian daripada kerajaan Singapura dan mereka juga telah memohon maaf atas ketelanjuran kata pelawak tersebut yang dianggap tidak menjaga sensitiviti.
Terus padam akaun media sosial?
Disebabkan kecaman itu juga, netizen ada membuat pemantauan di media sosial milik pelawak tersebut, dilihat akaun Twitter miliknya telah digantung dan akaun media sosial miliknya telahpun dihadkan komen.
You still think we don’t have internet? 😂 pic.twitter.com/7k9bt3AntP
— Faliqfahmie Backup (@faIiqfahmie) June 7, 2023
Namun begitu, berdasarkan pemerhatian admin, terbaru kali ini dilihat akaun Instagram ahli komedi ini pula tidak ditemui setelah cuba membuka akaun miliknya menerusi carian Google. Bagaimanapun, masih tiada kepastian sama ada ia dinyahaktifkan atau telah dilaporkan netizen setelah tular isu lawak melampau tersebut.
Dalam pada itu, akaun TikToknya masih wujud dengan komen telah dihadkan dan saluran YouTube miliknya masih aktif.
Sementara itu, ada juga netizen yang menunjukkan ‘kekuatan’ mereka dengan memberikan satu petikan laporan daripada The Sun Daily yang menyatakan bahawa negara Malaysia adalah negara asia kedua tertinggi dalam kegiatan buli siber.
Apapun, harap kita jangan melampaui batasan, dan diharap juga agar perkara ini telah menyedarkannya untuk berhati-hati dalam membuat sebarang komedi, terutamanya jika ia melibatkan hal sensitif seperti MH370.
Baca : “Kamu tak ada empati, hati perut” – Isteri Mangsa MH370 Kecam Lawak Jocelyn Chia