in

Kegagalan Enjin ‘KLM Flight 867’ Jadi Punca Kenapa Banyak Penerbangan Dibatalkan Ketika Letusan Gunung Berapi

Collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak hari Selasa (16 April) yang lalu, telah berlaku sekurang-kurangnya tiga letusan Gunung Ruang yang berketinggian hampir 1 kilometer dari paras laut.


Akibat letusan ini, abu setinggi sekitar 20 kilometer telah dilepaskan ke udara serta menghasilkan 4,000 sambaran kilat disekelilingnya hingga menyebabkan seramai 800 penduduk tempatan terpaksa berpindah.

Tak cukup dengan itu, dua syarikat penerbangan tempatan Malaysia Airlines dan Air Asia telah membatalkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak.

Ekoran ini, ramai yang tertanya-tanya kenapa penerbangan ke Sabah dan Sarawak perlu dibatalkan walaupun kedudukan dua negeri ini terletak agak jauh dari Gunung Ruang.

Artikel berkaitan: Gunung Ruang Meletus, Malaysia Airlines & AirAsia Batalkan Penerbangan Ke Sabah & Sarawak

Artikel berkaitan: Gunung Berapi Di Semeru & Stromboli Meletus Pada Hari Yang Sama

Untuk pengetahuan korang, tahun 1989 yang lalu telah berlaku satu insiden melibatkan pesawat Boeing KLM Flight 867 yang mengalami kegagalan enjin sehingga ia terpaksa melakukan pendaratan kecemasan. Jom baca kisahnya…

Pendaratan kecemasan KLM Flight 867

Sddefault

Pada 15 Disember 1989, satu pesawat Boeing KLM 867 terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Anchorage, Alaska selepas abu dari letusan gunung berapi telah menyebabkan kegagalan enjin sepenuhnya.

KLM Flight 867 biasa membuat penerbangan dari Lapangan Terbang Amsterdam-Schipol di Belanda dan Lapangan Terbang Narita di Tokyo, Jepun.

Tapi, pada tahun 1989, ruang udara Kesatuan Soviet telah ditutup untuk penerbangan barat. Disebabkan ini, seperti penerbangan Eropah yang lain, KLM dipaksa untuk terbang ke arah Jepun sekaligus menambahkan jarak perjalanan sehinggakan mereka perlu berhenti di Alaska untuk mengisi bahan api.

Pesawat yang terlibat dalam insiden ini baru berusia enam bulan iaitu Boeing 747-400 dengan nombor pendaftaran PH-BFC melibatkan seramai 14 kru penerbangan dan 231 penumpang.

Letusan gunung berapi Semenanjung Kenai

Mt. Redoubt2009

Ketika KLM Flight 867 berada sejauh 90 batu dan sedang turun ke Anchorage pada ketinggian 25,000 kaki, pesawat ini telah terbang ke dalam awan gelap. Secara tiba-tiba, asap berbau sulfur telah menyelubungi kokpit sehinggakan juruterbang terpaksa memakai topeng oksigen.

Ketika juruterbang cuba untuk terbang lebih tinggi di atas awan tersebut, kesemua empat-empat enjin pesawat ini telah gagal berfungsi dan menyebabkan ia tak mempunyai apa-apa kuasa.

Pesawat tersebut kemudiannya mula menjunam dan pada ketinggian 10,000 kaki, mereka berjaya untuk menghidupkan semula enjin dan membuat pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ted Stevens Anchorage di Alaska.

Sehari sebelumnya, Gunung Redoubt, gunung berapi strato di Semenanjung Kenai yang terletak sejauh 110 batu di barat daya Anchorage telah meletus dan menyebabkan abu berterbangan di udara.

Berketinggian setinggi 10,197 kaki, ia merupakan gunung tertinggi di Banjaran Aleutian dan telah meletus sebanyak dua kali sebelum itu iaitu pada tahun 1902 dan 1966.

Insiden ini telah meningkatkan kesedaran tentang bahaya letusan berapi kepada kapal terbang

22Octnst9Myairline 1697942008

Ketika siasatan susulan dibuat ke atas insiden tersebut oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat, mereka mendapati bahawa serpihan kaca dari gunung berapi tersebut telah masuk ke dalam enjin.

Ekoran enjin tersebut beroperasi menggunakan suhu yang tinggi, serpihan kaca tersebut telah cair dan mengeras sekaligus menghalang laluan udara di bahagian pemampat. Akhirnya, apabila suhu makin jatuh apabila kegagalan enjin, kaca yang masuk telah menjadi rapuh dan jatuh sekaligus membenarkan enjin tersebut boleh dihidupkan semula.

Selain kegagalan enjin, abu gunung berapi itu juga telah merosakkan cermin depan pesawat sehingga menyukarkan penglihatan juruterbang. Pembaikan kepada pesawat selepas insiden tersebut telah menelan belanja sebanyak US$80 juta kerana kesemua empat enjin perlu digantikan.

Bukan pertama kali abu gunung berapi menyebabkan kegagalan enjin pesawat

1Glkgekm85771.Png

Pada 24 Jun 1982, Flight 009 dari British Airways yang dalam perjalanan dari London to Auckland, New Zealand perlu membuat pendaratan kecemasan di Jakarta. Ekoran abu gunung berapi tak kelihatan di radar kerana inisiden tersebut berlaku pada waktu malam, krew penerbangan pada ketika itu tak tahu kenapa kesemua empat-empat enjin mereka gagal. Mereka bernasib baik kerana dapat menghidupkan semula enjin dan mendarat dengan selamat.

Insiden yang melibatkan KLM Flight 867 ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan mengambil serius atas bahaya abu yang dihasilkan oleh letusan gunung berapi. Pada April 2010, Gunung Eyjafjallajökull di Iceland telah meletus sehingga menyebabkan puluhan ribu penerbangan telah dilencongkan atau dibatalkan.

Kejadian yang berlangsung selama enam hari itu merupakan perkara yang tak pernah berlaku dalam perjalanan udara dan telah menyebabkan syarikat penerbangan mengalami kerugian sebanyak US$1.7 bilion.

Sumber: X, Simple Flying

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.