Siapa yang tak kenal pencipta lagu dan penyanyi wanita popular dari Indonesia, Melly Goeslaw?
Sejujurnya belum pernah kita di Malaysia mendengar gosip hangat tentang penyanyi ini, namun baru-baru ini tular sebuah dakwaan dari seorang wanita yang mengatakan Melly pernah menjadi punca keretakan rumah tangganya.
View this post on Instagram
Artikel berkenaan: “Terlalu kagum dengan karyanya” – Pusara P.Ramlee Tempat Pertama Melly Goeslaw Ziarah Ketika Di KL
Artikel berkenaan: “Pintu taubat sentiasa terbuka” – Anak Dilabel ‘Penyondol’, Ini Respon Norman Hakim
Menurut Kapan Lagi, wanita bernama Masnawati Masud ini mendakwa Melly menjadi ‘penyondol’ dalam perkahwinannya dengan bekas suami yang juga seorang polis hingga menyebabkan mereka bercerai pada 15 tahun dulu.
Masnawati juga berkata, tujuan dia membuat pendedahan itu selepas cubaan menghubungi Melly gagal.
Saya Masnawati Masud… Saya membuat video ini kerana sukar menghubungi Melly Goeslaw setelah berusaha melakukan pelbagai cara bagi bertemu dengannya.
“Semoga Melly menonton video ini dan mahu bertemu dengan saya untuk selesaikan urusan yang belum selesai. Terima kasih,” katanya.
Malah Masnawati juga mengugut Melly untuk segera bertemu dengannya kalau tak mahu rahsianya terbongkar.
Namun tindakan wanita ini telah dikecam netizen kerana menganggap dia hanya mahu meraih publisiti murahan kerana mengungkit isu yang sudah lama berlaku.
Dalam pada itu, Melly mengambil pendirian untuk tidak memberi sebarang komen mengenai dakwaan tersebut.
Macam tak percaya pulak Melly jadi penyondol, apa-apapun kita tunggu komen empunya badan!
Sumber: Kapan Lagi, mStar