in

“Kebodohan macam ni tak pernah wujud dalam sejarah Malaysia”

Adoiii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa pulak yang bodoh ni?


Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad ke China untuk lawatan kerja lima hari. Dalam ucapan hari terakhir lawatan kerjanya hari ini, Tun M bercakap tentang ‘kebodohan’ kerajaan bimbingan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam mengendalikan kontrak yang kini cuba diselesaikan pihaknya.

Kebodohan macam ni tak pernah wujud dalam sejarah Malaysia.”

Jadjas
sumber: the malay mail

Tun M memaklumkan bahawa rundingan kontrak yang dibuat dengan syarikat-syarikat China untuk East Coast Rail Link (ECRL) dan projek perpaipan tidak mempunyai exit clauses. Exit clause ini adalah satu cara untuk menutup perjanjian apabila ada pihak terlibat tidak bertanggungjawab ke atas perjanjian yang dipersetujui.

Bila tak ada exit clauses, Malaysia terpaksa membayar jumlah yang banyak sebagai ganti rugi.

“Kalau kita kena bayar, kita akan bayar,” kata Tun M bila ditanya jika Malaysia perlu bayar pampasan kepada kontraktor China.

Ecrl May Cost Rm70B
sumber: blog

“Ini kebodohan dalam rundingan. Mesti kena ada exit clause. Sekarang kita kena bayar jumlah yang banyak.”

Tun M juga memberitahu bahawa Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang sudah bersetuju dengannya bahawa Malaysia tiada pilihan lain selain membatalkan projek tu.

“Kita kena cari jalan macam mana nak batalkan projek ni dengan kos paling rendah. Ini semua kerana kebodohan kita sendiri.”

Najibpart41
sumber: the malaysian times

Apabila ditanya di mana nak dapatkan sejumlah wang yang besar tu, ini jawapan Tun M.

“Kita boleh ambil dari Najib. Lagipun dia yang tandatangani kontrak ni.  Kebodohan apa ni?”

Macam mana boleh tandatangani perjanjian macam ni?

Baca: “Kalau saya suruh bunuh, pergi bunuh tak?” – Tun M

Sav

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.