in

Sebelum Terlibat Kes Dera Johnny Depp, Ini 9 Kes ‘Problematic’ Melibatkan Amber Heard

Ft Amber Heard Problematic

Umumnya ramai yang tahu bahawa kes mengenai pelakon luar negara Johnny Depp dan isu mengenai penderaan oleh bekas isterinya Amber Heard ini menjadi buah mulut di seluruh negara.

Kini, satu dunia dapat menyaksikan setiap penipuan yang di dedahkan oleh pihak mahkamah mengenai pelakon Aquaman ini. Disebabkan itu, ada netizen menyenaraikan kes-kes problematic, yang Amber Heard telah lakukan sebelum ini.

 

1. Buat lawak racist pt. 1

Tahun 2018, Amber Heard ada muat memuat naik satu tweet yang berunsurkan perkauman, dikatakan pada waktu itu isu sewaktu Donald Trump mengenai polisi ICE terhadap imigran sedang hangat diperkatakan. Dia ada membuat satu lawak yang dianggap tiada sensitiviti sebelum ianya dipadamkan.

 

2. Lawak racist pt. 2

Selain itu, pada Disember 2014, sumber mengatakan bahawa Amber sedang bersiar-siar dan dia terjumpa sesuatu yang telah menarik perhatiannya dan dia rasa ianya satu perkara yang lucu.

Dia ambil gambar seorang lelaki Afrika Amerika OKU yang tengah terduduk sambil ada satu tin minuman alkohol berjenama Colt 45 Malt Liquor yang terletak di bawahnya.

Dia kemudian mempersendakan lelaki tersebut dengan menghantar e-mel gambar ini kepada seseorang sambil menulis subjek  “Stereotaip adalah menyeronokkan”.

Apa yang membuatkan timbulnya kemarahan netizen di negara barat adalah, jenama itu pernah mengambil 2 pelakon dari Amerika Redd Foxx & Billy Dee Williams sebagai duta produk pada tahun 70-an dan 80-an dimana kedua-duanya merupakan lelaki berkulit hitam.

Malah, timbul lagi isu mengenai Racism pasal Amber Heard ini ketika satu mesej telah didedahkan (Amber Heard warna merah) dimana dia menggunakan istilah N kepada seorang polis. Menurut sumber, mesej ini dideahkan sendiri oleh bekas peguam Johnny Depp.

 

3. Kutip anak anjing, bagi nama Arab, panggil anjing itu terrorist

Pada April 2018, Amber Heard ada satu trip ke Jordan, nak dipendekkan cerita dia ada kutip seekor anak anjing dan memberikan nama anak anjing itu nama Arab iaitu Hadya.

Selepas membawa anak anjing itu ke suite hotelnya, anak anjing itu berkelakuan lincah dan mula mengunyah selendang yang diterimanya sebagai hadiah.

Semasa dia rakam, dia menggelarkan anak anjing dengan nama Arab itu sebagai “pengganas kecil!” (a little terrorist) sambil tergelak. Seolah-olah nak beri gambaran yang dia tu seorang yang lawak. Boleh dengar kat sini.

4. ‘Propa’ pasal Black Lives Matter

Apabila gerakan Black Lives Matter berada di kemuncaknya awal tahun ini, Amber ada muat naik satu fotonya dengan seorang polis, untuk makluman di negara barat, salah satu gerakan ini dilakukan adalah kerana bantahan terhadap layanan polis terhadap kaum kulit hitam.

Dalam gambar tersebut kononnya, Amber yang sedang pakai pelitup muka sedang menyaksikan protes dalam keadaan tergamam dan terkejut dengan mengatakan memberi penjelasan yang dia menyokong gerakan BLM ini. Bagaimanapun, ia mengundang kecaman kerana gambar itu adalah palsu dan uniform pegawai polis itu tak dapat dikenalpasti kesahihannya.

Ada yang mendakwa bahawa lelaki yang jadi pegawai polis itu sebenarnya adalah kawan dia.

 

5. Seludup bawa anjing masuk

Pada tahun 2016, Amber Heard telah menyeludup anjing milik Johnny Depp (masih suami kepada Amber pada waktu itu) bawa masuk ke Australia secara haram.

Dia sudah dimaklumkan bahawa ia adalah satu perbuatan terlarang tetapi dia tetap melakukannya juga, bila dah kantoi siap buat lawak lagi.

Kevin Murphy, bekas pekerja Johnny Depp selama hampir lapan tahun, mendakwa bahawa rakan kongsi Depp ketika itu telah “menuntut” dia membuat kenyataan palsu mengenai haiwan itu “diseludup” ke negara itu.

Dia juga berkata bahawa Heard,telah memintanya menghubungi bekas pembantunya Kate James dan memintanya “berbohong di bawah sumpah” di mahkamah Australia.

Pada Oktober 2015, Heard menghadapi prosiding jenayah di Australia kerana membawa dua ekor anjing  jenis Terrier Yorkshire pasangan itu, Pistol dan Boo, ke negara itu secara haram.

 

6. Ditahan sebab belasah teman wanita

Beralih kepada kes penderaannya kerana dia mempunyai lebih daripada seorang mangsa. Pada tahun 2009, Amber telah ditangkap oleh pegawai polis kerana mendera dan memukul teman wanitanya ketika itu , Tasya Van Ree.

Dia kemudian cuba menuduh polis yang menangkapnya adalah homofobia dan bersikap prejudis terhadapnya kerana berpasangan dengan seorang wanita.

Tapi, apa yang membuatkan Amber ini terciduk ialah polis itu adalah seorang lesbian yang memperjuangkan hak LGBTQ+, nak dipendekkan cerita Amber diberi 2 tahun tempoh probation.

Difahamkan ketika dia mula dating dengan Johnny Depp, Amber ada meminta peguamnya untuk bersihkan rekod domestic abuse ni.

7. Kesalahan trafik, memandu dengan lesen tamat tempoh

 

8. Abuse bekas pembantu

Pembantu Amber sebelum ini – Kate James memberi keterangan bahawa Amber menderanya secara emosi, mental dan lisan. Malah, dia menggunakan anak lelakinya yang berusia empat tahun sebagai prop supaya dia kelihatan lebih keibuan kepada Johnny dan media.

Malah, Kate ada menyatakan di mahkamah bahawa semasa bekerja dengan Amber, dia memberitahu Amber tentang peristiwa ngeri dalam hidupnya di mana dia telah dirogol. Amber kemudian mencuri pengalaman Kate untuk digunakan untuk kelebihannya sendiri.

 

9. Ludah muka bekas pembantu sebab minta naik gaji

Awal bulan ini, Kate James memberi keterangan di mahkamah bahawa selepas meminta kenaikan gaji, Amber Heard meludah di mukanya.

Baca : Amber Heard Dakwa Guna Produk Milani Tutup Lebam Didera Johnny Depp, Tapi Item Tu Belum Dipasarkan?

Milani Amber Heard