in

“Kebanggaan negara” – Nicol David Tercalon Dalam Senarai Greatest Athlete of All Time

1Nicol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Datuk Nicol Ann David adalah nama yang tidak asing lagi bagi penggemar sukan skuash. Telah memenangi pelbagai kejohanan bertaraf dunia, atlet berasal dari Pulau Pinang itu turut menjadi ikon sukan negara.


Baru-baru ini, The World Games ada mengeluarkan senarai atlet terbaik sepanjang zaman. Dalam senarai Greatest Athlete of All Time itu, nama Datuk Nicol David juga tersenarai.

Selebriti terkenal tanah air, Neelofa dalam tweetnya @Neelofa juga memberikan sokongan kepada Datuk Nicol dan mengajak orang ramai mengundi beliau.

Screenshot 2021 01 10 At 12.19.38 Pm

 

Kedudukan terkini

Datuk Nicol menerusi akaun Twitternya @NicolDavid juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan ramai untuk berada di kedudukan teratas undian tersebut.

Screenshot 2021 01 10 At 12.19.53 Pm

Sehingga artikel ini ditulis, Datuk Nicol telah berjaya memperoleh 70,429 undian untuk berada di kedudukan pertama dalam senarai itu.

Screenshot 2021 01 10 At 12.21.43 Pm

 

Sokongan netizen

Rata-rata netizen turut tumpang berbangga dengan pencapaian Datuk Nicol. Ramai juga yang telah mengundi nama beliau untuk menjadi Greatest of All Time.

Screenshot 2021 01 10 At 12.20.19 PmTerima kasih Datuk Nicol kerana mengharumkan nama negara dalam sukan skuash. 

Screenshot 2021 01 10 At 12.20.35 PmKalau sebut sukan skuash, automatik teringat nama Datuk Nicol. Memang layak untuk jadi Greatest of All Time.

Untuk korang yang nak mengundi Datuk Nicol, korang boleh tekan link dibawah, cari nama beliau dan undi.

https://www.theworldgames.org/awards/The-World-Games-Greatest-Athlete-of-All-Time-81

 

Baca: “Terima kasih lagenda” – Selepas 28 Tahun Mengharumkan Nama Negara, Shalin Zulkifli Umumkan Persaraan

1Shalin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.