in

Kebakaran Hutan Teruk, New York Isytihar Darurat Di Long Island

syaz ft 2025 03 10T125443.569

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Long Island, New York, Amerika Syarikat (AS) berdepan detik cemas apabila berlaku empat kebakaran hutan di pinggir Hamptons. Kebakaran berlaku di Center Moriches, East Moriches, Eastport dan Westhampton.

Kebakaran itu menyelubungi sebahagian kawasan East End di Long Island sejurus selepas puku 1 petang (waktu tempatan), selain mengancam rumah dalam komuniti kelas pertengahan dan kaya di Hamptons.


Menurut laporan New York Times, Gabenor New York, Kathy Hochul mengisytiharkan darurat bagi memberi amaran bahawa keadaan itu berkemungkinan berlaku selama beberapa hari.

“Peningkatan angin semalaman menyebabkan pihak berkuasa sangat prihatin.

Saya juga mengambil berat tentang kualiti udara. Ia boleh berubah pada bila-bila masa tetapi kualiti udara pasti terjejas,” katanya.

Difahamkan, pihak berkuasa memberitahu punca kebakaran hutan Long Island itu masih dalam siasatan.

Penduduk tempatan menyifatkan bencana itu seperti letupan bom nuklear dengan asap setinggi kira-kira 30 meter dan amat sukar untuk dikawal.

Dalam pada itu, empat helikopter Blackhawk turut menggugurkan kira-kira 2,498 liter air bagi membantu usaha mengawal kebakaran.

Sumber: The New York Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.