in

Kebakaran Dahsyat Hutan Australia Berlaku Hampir Setiap Tahun, Rokok Salah Satu Punca?

Kebakaran Hutan Australia Ft Image 1

Kebakaran hutan di Australia atau sering dirujuk sebagai bushfire atau wildfire ini merupakan fenomena kebakaran tahunan dan bermusim dialami oleh negara berkenaan dan menurut kajian yang dilakukan, antara 52 ribu hingga 54 ribu kes kebakaran dilaporkan dalam setahun.

Tragedi kebakaran terkini yang berlaku pada musim panas 2019-2020 dikatakan antara yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah. Lebih 10 juta hektar kawasan dilaporkan terbakar dan dianggarkan sehingga 1 billion haiwan telah mati selain ianya turut meragut nyawa manusia.

Difahamkan selain daripada cuaca panas yang melampau, 13% daripada kebakaran tersebut adalah disengajakan manakala 37% daripadanya adalah punca yang meragukan, ia boleh jadi sengaja dibakar atau punca-punca lain.

Kebakaran Hutan Australia

Antara punca-punca lain yang didedahkan dalam laporan-laporan media tempatan termasuklah :

1) Pembakaran serpihan objek

Banyak kejadian wildfire ni didakwa disebabkan pembakaran serpihan objek seperti kayu dan daun yang tidak dapat dikawal kerana cuaca panas dan angin yang meniupkan api ke kawasan sekitar yang kering.

2) Landasan kereta api

Tayar Kereta Api

Disebabkan cuaca panas yang terlampau, semua tumbuhan menjadi kering. Jadi, apabila brek keretapi ditekan atau mempunyai masalah, ia menyebabkan percikan api yang secara tak langsung, menyebabkan kebakaran lebih besar.

3) Unggun api

Banyak kejadian kebakaran hutan ini terjadi gara-gara unggun api yang tidak dipadamkan dengan sempurna. Selalunya, bara yang tertinggal ditiup angin lalu memulakan kebakaran kecil di beberapa tempat sebelum menjadi kebakaran besar yang tidak terkawal.

4) Kilat

Walaupun tidak semua kilat mampu menyalakan api, namun pada 2015, dilaporkan sebuah kebakaran tercetus di kawasan Queensland dan New South Wales disebabkan fenomena semulajadi tersebut. Malangnya, insiden itu telah meragut 4 nyawa.

5) Rokok

Pada 2019, berlakunya kebakaran Binna Burra yang telah memusnahkan Binna Burra Lodge yang bersejarah, hasil siasatan mendapati ianya disebabkan puntung rokok yang dipercayai telah dibuang oleh 2 orang remaja yang kemudian ditahan untuk siasatan.

Bina Burra Terbakar.

Kesedaran Tentang Bahaya Kebakaran

Kebakaran atau pembakaran ini semestinya akan mendatangkan kesan buruk bukan sahaja terhadap harta benda tetapi juga menjejaskan alam sekitar. Selain kepulan asap yang akan menjejaskan kualiti udara selain mengandungi Karbon Monoksida (CO), Sulfur Dioksida (SO2) dan lain-lain zarah yang berbahaya.

Antara kesannya, ia boleh menyebabkan saluran pernafasan tersekat, kegatalan kerongkong, pening dan ada yang boleh membawa maut sekiranya dihidu secara berlebihan.

Di Malaysia, statistik dari bomba menunjukkan bahawa terdapat kira-kira 1,500 kediaman terbakar setiap tahun atas kecuaian manusia selain kesilapan penggunaan alat elektrik dan ini menunjukkan bahawa kemalangan dan kecuaian ini boleh membawa padah.

Sedar akan kurangnya kesedaran dalam masyarakat, ada sebuah inisiatif yang dijalankan oleh HAA melalui satu cabaran di TikTok yang dipanggil “JanganBakar challenge”

Banner Events

@khalishan.aliasJoin me with this dance move and say no to smoking!! #JanganBakar♬ Look At Me Now – Daniiel Ortegaa

Bukan itu sahaja, , melalui cabaran ini, korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah RM8,000 selain pada masa sama boleh berikan kesedaran tentang bahayanya pembakaran, sesuai dengan medium dan trend semasa.

Nak join tapi tak tahu tarian macam mana? Cuba tengok step ni…

Kalau perhatikan gaya tarian yang dilakukan, ia lebih kepada pembakaran rokok yang mana ia juga salah satu masalah yang cuba diatasi di negara ini.

Amacam? Yang mana ada tiktok tu, boleh lah join sama-sama sebarkan kesedaran ni dekat rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi budak-budak muda yang selalu ber-tiktok tu. 

 

Sumber: Boston Globe
Sumber: ABC
Sumber: HAA