Beberapa hari lepas, kecoh pula di media sosial tentang pembinaan sebuah jeti di Sarawak yang bernilai RM50,000 namun kos tersebut dipersoalkan oleh orang ramai gara-gara tidak seindah yang disangka.
Berita pembinaan jambatan kayu itu pada mulanya telah dikongsikan oleh Facebook Corporate Communication JKR Sarawak beberapa hari lepas setelah projek terbabit yang diselia oleh JKR Miri itu siap sepenuhnya.
https://www.facebook.com/jkrsarawak/posts/4944292402344766
Dalam post Facebook berkenaan, difahamkan jeti kayu berkenaan yang berukuran satu meter lebar dan 15 meter panjang itu akan memudahkan aktiviti harian penduduk di Kampung Mutap, Bekenu untuk menggunakan laluan sungai walaupun ketika banjir.
Walau bagaimanapun, ramai netizen yang mempersoalkan mengapa jeti yang dikatakan memakan kos RM50k itu bersaiz sangat kecil dan hanya diperbuat daripada kayu sedangkan dengan jumlah kos yang diperkatakan itu, jeti konkrit yang lebih baik boleh dibina.
Selain itu, ada juga yang berpendapat pembinaan jeti sebegitu rupa mungkin hanya menelan kos sebanyak RM20 ribu sahaja.
Ada yang siap cakap kalau tengok pada harga kayu semasa termasuk penghantaran dan pemasangan pun mungkin tak sampai RM12 ribu pun. Biar betul ni?
Ada juga yang mempersoalkan kenapa aspek keselamatan seperti diabaikan kerana penghadang kiri dan kanan nampaknya tidak dibina.
Namun, dalam masa yang sama, ada pula netizen yang berpendapat projek di kawasan pedalaman memang akan memakan kos yang agak tinggi kerana perlu ambil kira kos pengangkutan.
Apa pula pendapat korang? Rasa-rasanya logik ke kos RM50 ribu untuk buat jeti kayu seperti ini?
Baca: Dah 2022 pun macam ni”- Pelajar Di Sabah Redah Jambatan Usang Untuk Ke Sekolah