in ,

“Kau satu keluarga boleh pergi mamp*s” – Wanita Buka Mask Maki Hamun Staff Fast Food Sebelum Ludah Sebab Makanan Siap Lambat

Viral semalam di media sosial berkenaan dengan seorang wanita yang memaki hamun seorang pekerja restoran gara-gara dikatakan dapat makan yang dipesan itu lambat.

Dalam video itu wanita tersebut buka mask memaki hamun dengan ayat kesat dan membuat satu tindakan di luar jangkauan yang boleh menimbulkan kebimbangan saat wabak Covid-19 ni.

 

Kau dengan family boleh pergi mamp’s”

Dalam video berdurasi 11 saat ini menunjukkan wanita itu dilihat hilang profesionalisme sehingga melibatkan hal peribadi staff itu.

Lepas dia maki pekerja itu dia meludah 2 kali dekat staff tersebut, ia sudah semestinya telah mengundang kemarahan netizen ia berikutan dengan kepanikan wabak covid-19 yang kian merebak ini.

Kejadian ini berlaku di Singapura, dalam video itu wanita tersebut dilihat tidak memakai tipeng muka dengan betul ketika memaki hamun dan menengking staff.

Video itu dimuat naik di Facebook dan meraih lebih daripada 1,000 jumlah perkongsian di Facebook sebelum dimuat naik di Twitter dan meraih sehingga lebih daripada 3,000 jumlah retweet.

Rata-rata netizen marah dan menggesa agar pihak polis untuk mengesan wanita tersebut untuk diambil tindakan.

 

Mak siapa ni? – Netizen

Aduhai, tengah macam ni tak perlu lah nak buat kecoh, jangan disebabkan kita pelanggan kita rasa semua yang dilakukan itu betul.

 

Baca : “Takut nak beli barang online lepasni” – [VIDEO] Pekerja Penghantar Barang Ludah Bungkusan Pelanggan