in

“Kau resign je la” – Ejen Takaful ‘Sound’ Rakan Sekerja ‘Umpan’ Prospek Guna Pelaburan

Ft Ejen Takaful Pelaburan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral di media sosial sebelum ini berikutan dengan individu yang bengang dengan takaful. Dalam perkongsian di Facebook itu, lelaki tersebut menyatakan dirinya rasa dibohongi oleh takaful yang mempunyai pakej pelaburan.

Dia yang dah membayar bulanan sebanyak RM 1300 sejak tahun 2019 hanya terima RM 7,000 sahaja bila nak tamatkan langganan tersebut.


Disebabkan itu dia jadi tidak percaya dengan mana-mana ejen takaful yang menawarkan pelan pelaburan disamping perlindungan.

 

“Netizen ni dah lah skeptikal dengan Takaful dan Ejen Takaful, eh datang kau tambah lagi kebencian..”

Terpanggil dengan kenyataan itu, seorang ejen takaful, Adzren Adnan atau lebih mesra dengan gelaran Papayen tampil memberikan penjelasan dan sekaligus membuat teguran kepada mana-mana rakan ejen yang lain.

Terkenal dengan kelantangannya dalam memberikan pandangan dan segala info mengenai takaful, Papayen meminta ejen yang menggunakan kaedah yang menekankan tentang pelaburan daripada perlindungan ini untuk berhenti kerja.

“Ya, sekarang aku marah. Kalau ada Ejen Takaful yang masih lagi nak menegakkan pendirian Takaful ni untuk pelaburan/investment, senang kau resign je dan kau pergi jadi Ejen Pelaburan.

“Kau sibuk nak campur aduk PERLINDUNGAN & PELABURAN tak habis-habis. Dah kenapa kau ni?”

“Punyalah takut rezeki kau tak ada sampaikan sanggup cipta konsep idea merepek..”

“Ambil Takaful dengan saya, plan ni memang khas untuk pelaburan. Tak perlu ambil ASB, Unit Trust, Tabung Haji.”

“WALAUAPAPUN, TAKAFUL DATANG DENGAN PERLINDUNGAN DULU. Nak ada cash value ke investment ke bonus ke life stage benefit ke allowance ke, ITU SELEPAS PERLINDUNGAN.”

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa ada pakej takaful yang memperuntukkan pelaburan kepada pelanggan namun begitu, fokus utama takaful ini ada untuk perlindungan.

“Aku tak cakap Takaful ni tak ada pelaburan. Ya ada, segala mak nenek kertas konsep yang syarikat keluarkan aku baca. Sebab tu wujud Investment Link Plan & Non Investment Link Plan. Sebab tu juga lah kita ni wujud sebagai Ejen. Untuk kita jelaskan pada netizen, apa keperluan yang perlu didahulukan.”

“Dah kalau kau sendiri seeeeeeeeebok investment investment investment tak sudah, kau buat apa kat sini jadi Ejen Takaful? Haiiyyyooooo…”

“Netizen ni dah lah skeptikal dengan Takaful dan Ejen Takaful, eh datang kau tambah lagi kebencian netizen pada Takaful dan Ejen Takaful.”

https://www.facebook.com/adzrenadnan/posts/pfbid0CSb4TBScqT8qwL9NMdCsj48J5fhmXGF4c1Uj5FixpCU8DFMwBCmP3iB1tcLRQ6Zel

Dengan kenyataan yang diberikan, Papayen bersikap terbuka jika ada mana-mana ejen yang melakukan perkara sedemikian jika nak unfriend dirinya. Bagi Papayen, ia tidak mendatangkan sebarang kerugian buat dirinya.

Baca : “Kau sendiri buat kita ni dibenci” – Ejen Takaful Tegur Rakan Sekerja Yang Gunakan Banjir Untuk Tarik ‘Sales’

Ft Ejen Insurans Tegur Rakan Sekerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.