in

“Kau cium mulut dia apahal?” – Bapa Serang Guru Tahfiz Cium Mulut, Paksa Mengurut Badan Dan Pukul Murid Sehingga Lebam-lebam

Ustaz Baru Nak Start

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Kau cium mulut dia apahal?" - Bapa Serang Guru Tahfiz Cium Mulut, Paksa Mengurut Badan Dan Pukul Murid Sehingga Lebam-lebam
Loading
/

Masalah berkaitan isu perderaan di tahfiz ni nampaknya antara isu yang takkan habis sampai bila-bila. Setiap hari ada saja kes yang muncul dan terbaru mengenai sebuah pusat tahfiz di Kuantan, Pahang.


Menerusi sebuah video yang viral di Twitter, ibu bapa telah menyerang seorang guru tahfiz yang dikatakan telah mendera anak mereka. Tak cukup dengan itu, guru tahfiz ni jugak dituduh telah ‘mencium’ anak muridnya di mulut. Uish ni tahfiz jenis apa ni??

 

“Aku hantar anak aku dengan sejuta harapan… Yang kau nak cium mulut dia apahal??” 

Menerusi tweet yang memaparkan video di bawah, seorang ‘ustaz’ yang juga guru bagi Pusat Tahfiz Al Walid, Kuantan, Pahang ini telah diserang oleh beberapa orang bapa anak murid pusat tahfiz tu atas tiga tuduhan di bawah:

  • cium anak murid di bibir
  • suruh anak murid mengurutnya dan pukul kalau buat salah
  • mendera murid dan lain-lain
Tahfiz 1
sumber: twitter

Tak tahu sama ada tuduhan ni betul atau tak, tapi admin tersentuh dengan kata-kata bapa budak tersebut yang dia menghantar anaknya ke pusat tahfiz itu dengan sejuta harapan namun semua berkecai apabila mengetahui anaknya diperlakukan begitu.

Aku hantar anak aku dengan sejuta harapan, aku bawa motor menangis rindukan anak aku. Tapi kau buat macam ni kat aku.” 

Sebak weh admin dengar! 

 

Ibu bapa buat laporan polis, mohon mangsa lain buat laporan juga jika didera secara fizikal dan seksual 

Meskipun ‘ustaz’ dalam video di atas telah berkali-kali memohon ibu bapa yang menyerang untuk tidak membuat laporan polis, permintaannya diendahkan dan laporan pun telah dibuat.

Menurut laporan itu, mangsa telah bercerita kepada ibu bapa mereka yang budak-budak tahfiz di pusat tersebut telah dipukul, dirotan pada tangan dan kepala, kena cubit di bahagian ketiak dan dimaki hamun. Apabila mereka tidak memicit ‘ustaz’ terbabit dengan kuat, para pelajar telah ditampar dengan sewenang-wenangnya. 

Tahfiz 2

Kp 1
sumber: twitter

 

“Ni lah akibat bila banyak tahfiz tak berdaftar” 

Rata-rata netizen yang melihat video di atas memang bengang gila dengan ‘ustaz’ tersebut. Ramai yang buat kesimpulan bahawa semua ini terjadi kerana banyaknya pusat tahfiz yang tak berdaftar.

Tapi ada juga di kalangan netizen yang tak mahu jump to conclusion kerana masih tak confirm lagi sama ada ustaz tersebut benar salah ataupun tidak. Haih!

Penunggang Agam
sumber: twitter

Apa-apapun kalau benarlah apa yang dituduh ibu bapa ini, admin harap mangsa yang terbabit laporkan kepada polis dan semoga pusat tahfiz yang menganiaya murid-murid ni ditutup dengan segera. 

Baca: “Dasar penunggang agama!” – Netizen Bongkar Helah Pusat Tahfiz Penipu di Kedah Suruh Budak Kutip Derma Konon Untuk Rumah Anak Yatim

Lakon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.