in

“Kau buat jahat, Allah balas kejap je” – Suspek Kebakaran Tahfiz Kemalangan, Patah Tangan Selepas Bakar Sekolah

Patah Tangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah seorang suspek kes kebakaran asrama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat yang telah mengorbankan 23 nyawa baru-baru ini dilaporkan terbabit dalam kemalangan pada hari yang sama.


Tahfiz 2
sumber: terengganu times

Menurut Harian Metro, suspek berusia 16 tahun itu dalam perjalanan ke Bangsar untuk membantu ibunya berniaga pasar malam kira-kira jam 5 petang, Khamis lalu.

Ketika dalam perjalanan, suspek yang menunggang motosikal telah terlibat dalam kemalangan menyebabkan tangan kirinya patah.

Menurut sumber,

“Pada hari kejadian dia (suspek) masih meneruskan kerja seperti biasa dengan membantu ibunya berniaga di pasar malam.”

Suspek dilaporkan ke klinik untuk mendapatkan rawatan, namun kepulangannya ke rumah disambut oleh pihak polis yang datang untuk menahan suspek bersama adiknya berusia 15 tahun kira-kira jam 2 pagi, Jumaat lalu.

Whatsapp Image 2017 09 16 At 20.54.02

Sumber turut berkata bahawa suspek kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan susulan ditemani ibu serta adiknya dengan iringan anggota polis.

Netizen yang membaca berita ini rata-rata menyatakan rasa kecewa kerana suspek masih menjadi anak yang baik tetapi pada masa yang sama melakukan jenayah.

Malah, ada yang turut mendoakan suspek dan adiknya berubah suatu hari nanti, menjadi insan yang lebih baik. Moga-moga mereka berdua ambil iktibar dan berubah.

Komen1 Komen2

Komen3
sumber: harian metro

Tidak lupa juga yang berpendapat bahawa tragedi kebakaran ini telah membuka mata banyak pihak. Betul tu, setuju sangat!

Komen5
sumber: harian metro

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga tragedi tragis ini menjadi pengajaran kepada semua pihak termasuk ibu bapa yang perlu menitikberatkan didikan terhadap anak.

Baca: “Mereka seperti tiada penyesalan. Remaja tersebut langsung tak ucap kata maaf” – Sumber

14Tahfiz.transformed 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.