in

“Kau block aku…nanti aku datang” – Lelaki Intip Guna App Godam CCTV, Buat 61 Akaun Palsu Untuk Ugut Mangsa

Stalk4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aktiviti godam adalah satu kesalahan jenayah dan dikecam kerana melanggar privasi pengguna lebih-lebih lagi jika digunakan untuk mengugut seseorang.


Seperti kes lelaki di United Kingdom ini, dia dipenjarakan kerana menggodam, mengganggu dan mengugut seorang wanita.

Dengan menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu, dia berjaya menggodam CCTV di rumah mangsa dan merakam aktiviti-aktiviti mangsa di dalam rumah!

George Coughlan, 33 tahun didapati bersalah dan dihukum penjara selama 21 bulan.”

Selain itu, dia dilarang dari mendekati atau menghubungi mangsa dalam tempoh 5 tahun.

Stalk2

 

Menurut Harian Metro, selepas penangkapan dibuat, polis merampas puluhan rakaman CCTV dalam rumah mangsa yang disimpan stalker ini.

Sebanyak 67 rakaman dirampas dan suspek mencipta 61 akaun palsu semata-mata untuk mengganggu mangsa setelah disekat dari media sosial.

 

Stalker dikenali mangsa

Menurut Yahoo.news, mangsa mengenali suspek.

Dia membuat laporan polis kerana ketakutan setelah lelaki berkenaan menghantar rakaman CCTV dari dalam rumahnya yang menunjukkan dia sedang berehat.

Mau dia tak terkejut.

Selain itu, dia juga menerima pelbagai mesej berbaur makian dan ugutan sepanjang gangguan ini berlaku.

Stalk

Stalk1

 

Unit Perlindungan Awam Polis West Midlands, Inspektor Cate Webb-Jones berkata, pengintipan adalah satu jenayah yang serius kerana menceroboh hak privasi seseorang.

“Coughlan sedaya upaya cuba mengawal dan mengganggu kehidupan mangsanya. Itu menyebabkan mangsa, dari hari ke hari, hidup dalam ketakutan. Ia tidak boleh diterima.”

“Kami berharap mangsa dapat meneruskan hidupnya selepas kejadian yang begitu mendatangkan trauma ini.”

 

Baca : The Night Stalker: Richard Ramirez, Pembunuh Bersiri Paling Gila Pilih Mangsa Secara Rawak

Stalk5

Sumber: Yahoonews
Sumber: Yahoonews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.