Customer is always right, tapi tak semestinya ia satu ‘kuasa’ untuk seseorang pelanggan itu membuat perangai sesuka hati kepada peniaga.
Kena ada pertimbangan juga dan bersikap perikemanusiaan, kadang-kadang peniaga terlupa dengan permintaan khas daripada pelanggan.
Artikel berkaitan : Pelanggan Biadap Tampar Staff Restoran Di Sarawak Hanya Sebab Disuruh Pakai Mask
Artikel berkaitan : [VIDEO] Staf Klinik Mengamuk Dekat Pelanggan Sampai Tendang Baby Stroller
Umumnya, tak semua orang suka makan taugeh, apatah lagi kalau diletakkan dalam mi goreng. Nak dipendekkan cerita, peniaga terlupa untuk tidak memasukkan taugeh kepada makanan yang dipesan pelanggan.
Namun gara-gara terlalu marah dengan tindakan peniaga yang lupa dengan permintaan ‘no taugeh’nya, seorang pelanggan telah memprotes dengan melonggokkan mi dan taugeh di atas meja.
Pelanggan itu kemudian memviralkan perkara tersebut dengan memberikan kata-kata kutukan terhadap integriti kedai makan tersebut dan mengatakan kedai itu ‘sendu’.
Perkongsian itu telah mengundang kutukan netizen kerana sikapnya yang membazir dan membandingkan mereka yang susah dan tidak mendapat makanan secukupnya.
Hurm kalau ada faktor alergi sekalipun, tak perlu rasanya buat protest sampai macam ni.
Sumber : Facebook