in

“Katanya kes rompakan” – Lima Beranak Ma*t, Jumpa Dalam Lubang Di Rumah

syaz ft 2025 09 03T123316.417

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penemuan lima mayat yang tertimbus di dalam sebuah rumah di Desa Paoman, Kabupaten Indramayu, Jawa Barat menimbulkan kekecohan, difahamkan semua mangsa merupakan ahli keluarga.

Menurut laporan Detik, mayat kelima-lima ahli keluarga itu ditemui dalam sebuah lubang di rumah berwarna merah jambu yang semakin memudar.


Artikel berkaitan: “Saya hanya dapat sahkan selepas ujian cap jari” – 3 Kali Pengecaman, Bapa Baru Dapat Sahkan Jenazah Anak

Artikel berkaitan: Jiran Kanak-kanak 6 Tahun Ma*t Dakwa Sering Dengar Mangsa Menangis, Ibu Bapa Bertengkar

“Jenazah yang ditemukan itu pemilik rumah, Pak Haji Syahroni, usianya diperkirakan 70 tahun. Kemudian anaknya Budi umurnya sekitar 40 tahunan.

Terus ditemukan lagi menantu, istrinya Mas Budi, namanya Ibu Euis. Ditemukan lagi anaknya yang pertama umurnya sekitar 7 tahun dan anak yang kedua umurnya sekitar 8 bulan,” kata orang awam. 

Penduduk mendakwa ia berpunca dari kes rompakan namun ada penduduk tempatan menceritakan kejadian mencurigakan pada Sabtu lalu apabila dua buah lori pikap dilihat berhenti di hadapan rumah mangsa pada waktu pagi.

Siasatan awal polis mendapati kejadian dipercayai berlaku tiga hingga empat hari sebelum terbongkar selepas bau busuk mula merebak dari rumah tersebut.

Difahamkan, kesemua jenazah telah dibawa ke Hospital Bhayangkara Losarang untuk proses bedah siasat. Pihak polis masih giat menyiasat motif dan punca insiden ngeri ini.

 

Sumber: Detik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.