#JusticeForBella trending kebelakangan ini, seorang remaja down syndrome berumur 13 tahun yang menjadi mangsa dera di rumah penjagaan ini telah membuatkan netizen terpanggil untuk memberikan sokongan moral kepadanya.
Untuk mengetahui kronologi mengenai adik Bella, boleh baca disini.
Pengasas dakwa adik Bella seorang yang degil, suka usik orang, tak dengar cakap
Dipendekkan cerita, selepas isu ini hangat Rumah Bonda telah itu telah di sita oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ketika pengarahnya Che Samsuzuki Che Noh menemubual pengasas rumah itu, Siti Bainun Ahd Razali, dia menjelaskan bahawa adik Bella ini seorang yang degil dan tidak mendengar kata, lapor Sinar Harian.
Adik Bella ini dikatakan suka kacau orang lain dan JKM dimaklumkan kesan di tangannya adalah disebabkan tumpahan air panas. Apabila hampir sembuh, Adik Bella suka mengopek kuping luka itu.”
Disebabkan itu, menerusi perkongsian daripada Facebook Mohd Fadhli Salleh, kenyataan ini telah membuatkan salah seorang sukarelawan di Rumah Bonda yang lebih dikenali sebagai Mummy tampil beri keterangan menepis dakwaan pengasas itu.
Inikah anak syurga yang dikatakan degil itu? Macam inikan perangai suka mengacau orang dan tidak mendengar kata? Bohong semua tu.”
Difahamkan, Mummy ini seorang sukarelawan di Rumah Bonda yang pernah menjaga adik Bella selama 4 bulan. Katanya adik Bella ini seorang yang sangat rajin.
Mengetahui nasib adik Bella yang dipaksa makan cili tanpa minum air, Mummy terkenang yang adik Bella ini seorang yang kuat minum air dan tak dapat bayangkan bagaimana seksanya adik Bella jika dilakukan sedemikian rupa.
Adik Bella ni sangat manja dan penyayang
Dalam rasa sebak, Mummy terkenangkan sikap dan keletah Adik Bella yang begitu manja dan penyayang, malah Mummy ceritakan yang adik Bella ini juga jenis suka budak-budak.
Tambahan lagi, adik Bella ini benar-benar suka dengan solekan sehingga ada sukarelawan yang belikan barang solek buat adik Bella.
Paling awal pakai telekung bila dengar azan
Biarpun dirinya tidaklah sempurna seperti insan lain, Mummy menceritakan bahawa adik Bella ini seorang yang patuh pada solat.
Time solat dia sangat patuh. Maybe di RKK Seremban dah biasa rutin solat tu. Dia paling awal pakai telekung bila dengar azan.”
Dengan sikap anak syurga yang begini, agak mustahil bagi Mummy untuk percaya dengan dakwaan yang dikeluarkan oleh pihak Rumah Bonda.
Katanya Mummy lagi, dakwaan yang dianggap tak masuk akal itu pastinya akan disokong oleh sukarelawan lain yang pernah jaga adik Bella.
Dakwaan dia aggresive, sukar di kawal, suka sakitkan diri, suka buat hal, itu sangat tak boleh di terima akal. Memang sesiapa yang kenal adik Bella, pernah duduk dan jaga dia akan nafikan dakwaan karut ini. Kita yang kali pertama tengok video ni pun tahu perwatakan adik Bella macam mana kan?”
Boleh tengok video adik bela disini.
Oleh sebab itu, Mummy anggap perbuatan pihak rumah penjagaan tersebut begitu zalim kerana cuba berselindung.
Cuba sorok kes sebenar dengan memutar belitkan fakta
Disebabkan itu, Mummy berharap agar kita semua mendoakan agar keadilan berpihak pada adik Bella.
Untuk rekod, ramai rakyat Malaysia termasuklah selebriti Malaysia tunjuk solidariti, mahukan pelaku kepada adik Bella ini dikenakan tindakan yang setimpal.
Baca : Trending #JusticeForBella, Ini Kronologi Kes Kanak-kanak Malang Tersebut