in

“Kat M’sia sibuk buat perarakan LGBT” – Netizen Puji Jepun Buat Protes Selamatkan Etnik Uighur Walaupun…

Feat

Selepas berita mengenai etnik Uighur yang dikatakan sedang menerima penindasan yang sangat kejam dari kerajaan Parti Komunis China di sana, banyak rakyat dari beberapa negara telah melakukan perarakan di jalanan meminta agar etnik Uighur dibebaskan.

Antara negara yang berani bersuara menentang kekejaman China terhadap etnik minoriti di Xinjiang ini adalah Jepun.

Bukan je dorang buat demonstrasi jalanan menunjukkan protes mereka terhadap kekejaman ke atas Uighur ni. Radio Free Asia juga melaporkan, parlimen di Jepun turut membuat persidangan mengatakan Beijing patut melindungi hak asasi manusia bagi kumpulan etnik di daerah Xinjiang.

Collage 57

Kalau korang nak tahu, di Jepun, terdapat lebih kurang 1,000 orang dari etnik Uighur yang tinggal di sana. So, bagi negara besar seperti Jepun menunjukkan tanda sokongan ini kerana mengambil kira ada antara rakyat mereka adalah dari komuniti Uighur walaupun sikit, memang patut dipuji.

Tapi Malaysia…

Walaupun kebanyakan netizen puji tindakan Jepun bersuara untuk orang Islam Uighur ini, ada juga beberapa netizen yang mempertikaikan di Twitter kenapa Malaysia yang majoriti rakyatnya merupakan penganut agama Islam tak buat macam mana yang Jepun buat.

Screenshot 2019 12 24 At 10.13.05 Am Screenshot 2019 12 24 At 10.13.18 Am Screenshot 2019 12 24 At 10.13.39 Am Screenshot 2019 12 24 At 10.14.12 Am

Apa-apa pun, walaupun tak ada perarakan besar-besaran dekat Malaysia ni untuk tunjuk sokongan dekat Uighur, tak semestinya kita tak bersuara langsung kan?

 

Baca: Pendedahan Baru: Wanita Uighur Dipaksa ‘Join’ Program Tidur Bersama Lelaki Pilihan Komunis

Muslim Ditindas