in

“Kasih ibu tiada ganti”- Wanita 60 Tahun Jadi Vlogger Makanan Untuk Besarkan 2 Orang Anak OKU

F1 Mother Vlogger

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kasih ibu tak ada galang gantinya. Itulah yang boleh digambarkan dengan kisah seorang wanita berusia 60 tahun di China ini yang menjadi vlogger masak-masak dan makanan untuk menyara dua orang anaknya yang juga kelainan upaya, lapor South China Morning Post.


Mother Vlogger 3

Wanita yang menggelarkan dirinya Mama Lu dalam kalangan pengikutnya itu  mula bergiat aktif dalam pembikinan video masakan sejak beberapa tahun lalu selepas berpisah dengan suaminya. Mama Lu sebelum itu dikatakan telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suaminya.

Video masakan Mama Lu akan bermula dengan dirinya menunjukkan bahan-bahan dan caranya memasak. Ia akan diakhiri dengan dia menyuap makanan yang siap dimasak itu kepada kedua-dua anak lelakinya yang istimewa.

Sebelum ini, wanita ini pernah bergantung hidup dengan bantuan kerajaan di sana dan mereka juga pernah mengemis di tepi jalan namun sejak Mama Lu menjadi food vlogger, kehidupan mereka tiga beranak bertambah baik kerana ia menjadi sumber pendapatan mereka sekeluarga.

Mother Vlogger 2

Difahamkan, dua orang anak lelakinya itu menghidap penyakit Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) di mana mereka yang masing-masing berumur 39 dan 29 tahun tak dapat berjalan akibat lumpuh sejak remaja.

Namun, anak-anak Mama Lu tidak menjadikan keadaan diri mereka sebagai alasan untuk tidak membantu. Kedua-dua mereka akan menjadi pengarah video dan video juga disunting sendiri oleh walaupun hanya boleh menggerakkan dua jari.

Sehingga kini, wanita ini telah meraih lebih kurang 400 ribu pengikut di pelbagai platform termasuklah di Douyin iaitu TikTok China. Followers juga ramai yang baik hati dan ada antara mereka yang turut membantu dengan menyumbangkan bahan masakan untuk keluarga ini.

Boleh tonton video yang dikongsikan oleh SCMP ini untuk faham dengan lebih lanjut tentang kisah wanita tabah ini.

Itulah kasihnya ibu, sama-sama kita doakan agar wanita ini akan terus kuat untuk menjaga anak-anaknya. 

Sumber: YouTube South China Morning Post

Baca: “Ada org lg susah”- Ibu Cari Barang Di Tong Sampah Buat Netizen Bergenang Air Mata 

Mother Vlogger 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.