Korang semua mesti pernah dengar atau experience sendiri tentang orang gaji curi duit atau barang majikan kan? Kebanyakan dari maid ni memang ada macam-macam idea untuk sorok duit yang dorang curi. Orang gaji admin sebelum balik dia akan jahit poket seluar dengan luggage bag untuk sorokkan duit.
Baru-baru ni, sorang pembantu rumah dari Filipina berjaya mencuri lebih dari S$8,000 (RM24,390) dari majikannya. Tapi, kali ini cara maid ni sorok duit memang on another level.
Menurut World Of Buzz, Bajo Nelgielyn Bobita yang bekerja membersihkan rumah dan memasak untuk seorang ahli perniagaan Lee See Boon sedang membuat kerja rumah pada 22 Februari sebelum membuat keputusan untuk pergi ke bilik majikannya bagi mencari barang berharga.
Nak dijadikan cerita, dia menemui peti besi milik majikannya dan berjaya membukanya. Dia mencuri S$3,000 (RM9,135) dan menghantar separuh dari wang tersebut ke keluarganya di Filipina dua hari kemudian. Pada 3 Mac, dia menghantar baki selebihnya pulang ke kampung.
Tak cukup dengan itu, tiga hari kemudian, Bobita cuba lagi untuk curi duit dari peti besi Lee dan berjaya mengambil S$5,002 (RM15,230). Petang itu, ketika Lee buka peti besinya, dia perasan yang duitnya hilang dan terus buat panggilan pada pihak polis lepas dia suspek Bobita ambil wangnya.
Pihak polis telah menahan Bobita dan membawanya ke Penjara Wanita Changi lepas mendakwa wanita ini di mahkamah pada 8 Mac.
Kalau korang nak tahu masa ni dorang tak jumpa pun duit yang hilang tu. So, sebelum Bobita masuk penjara, polis tengah membuat pemeriksaan pada badannya dan mengesan ada sesuatu objek tersorok di dalam alat sulitnya.
Hah! Lepas pihak polis keluarkan objek tersebut, mereka menemui beg plastik yang mengandungi duit S$5,002 yang dicurinya sebelum ini.
Akhirnya Bobita dijatuhkan hukuman penjara 16 minggu pada 9 Mei selepas mengaku bersalah. Namun, duit curi yang telah dihantar pulang ke kampung sebelum ini tak dipulangkan semula ke majikannya.
Amboi, dahsyat betul cara sorok duit. Tak pasal-pasal je kena penjara.
Bibik Kantoi Curi Duit ‘Ang Pou’ Anak Majikan Letak Dalam Air Kotak