Kini kecoh di media sosial terutamanya di Twitter tentang kejadian yang menimpa seorang kanak-kanak di Maghribi yang terjatuh ke dalam sebuah perigi.
Menurut Aljazeera, kanak-kanak yang dikenali sebagai Rayan itu telah terjatuh ke dalam telaga sedalam 32 meter di kawasan berbukit di Bab Berred dan kini operasi menyelamat sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat di sana.
#SaveRayan Five years old Moroccan boy trapped in tiny tunnel 32 meters deep. Has been trapped for 3 days. All eyes on rescue mission. Pray for him. 🙏 https://t.co/jrxDcBUYap
— Samar D Jarrah (@SamarDJarrah) February 4, 2022
Difahamkan, mangsa yang berusia lima tahun itu dipercayai sedang bermain di kawasan perigi terbabit sebelum tiba-tiba terjatuh. Dia dikatakan telah terperangkap dalam perigi itu selama beberapa hari kerana operasi menyelamat menjadi agak sukar berikutan perigi itu yang sempit.
Diameter telaga berkenaan agak besar di bahagian permukaannya namun ia semakin sempit di bahagian bawah jadi pasukan penyelamat tak boleh turun sendiri untuk selamatkan Rayan.
Buat masa ini, kanak-kanak itu telah dibekalkan dengan air, makanan dan oksigen menggunakan tiub yang diturunkan ke bawah telaga.
Pasukan penyelamat pula dilaporkan akan menggali kawasan itu sehingga tiga atau empat meter untuk selamatkan mangsa. Namun, dalam masa yang sama, mereka perlu berhati-hati dan stabilkan tanah sebab kalau tak, mungkin tanah runtuh akan berlaku.
Helikopter penyelamat juga sedang bersiap siaga untuk terus membawa kanak-kanak ke hospital sejurus sahaja dia berjaya dikeluarkan dari tempat sempit itu.
Boleh tonton video dari YouTube Al Jazeera kalau korang nak faham dengan lebih lanjut tentang kejadian ini.
Kejadian itu telah meraih perhatian netizen dari seluruh dunia tak kira agama dan bangsa dan kini, hashtag #SaveRayan trending di Twitter berikutan ramai yang turut mendoakan agar kanak-kanak itu cepat diselamatkan.
https://twitter.com/sh1fae/status/1489207893337554947
Pasukan Penyelamat di Maghribi ketika ini sedang berusaha menyelamatkan seorang budak lelaki berumur 5 tahun bernama Rayan yang terperangkap selama 3 hari setelah terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter
Air dan Oksigen berjaya disalurkan menerusi paip setakat ini pic.twitter.com/SQK4HzT0Th
— Irfan_newboys🇲🇾🇵🇸🏳️🏴 (@Marchfoward) February 4, 2022
Paling sedih, cuaca di negara itu juga dilaporkan sangat sejuk sekarang, jadi sama-sama kita doakan semoga Rayan tetap kuat dan segera dikeluarkan dari perigi itu dengan selamat.
Sumber: Aljazeera
Baca: [VIDEO] Kereta Lenyap Sekelip Mata ‘Ditelan’ Tanah Mendap Di Kawasan Parkir