in

[VIDEO] Kereta Lenyap Sekelip Mata ‘Ditelan’ Tanah Mendap Di Kawasan Parkir

Story Kete

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini viral di sosial media apabila sebuah kejadian ‘aneh’ berlaku di sebuah kompleks kediaman di Mumbai.


 

Kereta jatuh dalam tanah mendap

Kisahnya terjadi apabila sebuah kereta dilihat ‘hilang’, dalam beberapa saat saja selepas ‘ditelan’ di kawasan parkir kediaman berkenaan.

Kete 1 1

Dalam sebuah rakaman yang telah tular, kelihatan sebuah kereta secara perlahan-lahan tenggelam ke dalam tanah yang telah mendap. Tapi rupanya, tanah mendap tersebut dipecayai telaga yang terletak di bawah lot parkir tersebut.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku selepas waktu hujan kira-kira sekitar jam 8.30 pagi waktu tempatan.

“Kami ada kereta lain di lokasi itu dan lelaki yang membersihkannya memberi amaran kepada kami. Bila keluar sahaja ke jalan, kami lihat di hadapan mata kereta tenggelam ke dalam telaga,” kata Dr Kiran Doshi, pemilik kenderaan berkenaan.

 

Telaga berusia ratusan tahun

Telaga berkenaan dikatakan berusia 100 tahun dan telah ditutup untuk membina tempat letak kereta. Serta, ia dipercayai mempunyai kedalaman sekitar 30 kaki bersamaan 9.14 meter.

Selain itu, difahamkan berlaku hujan monsun yang lebat di Mumbai dan beberapa kawasan di persisir daerah Maharashtra.

Hujan lebat selama beberapa hari telah menyebabkan air bertakung di beberapa kawasan hingga membuatkan tasik di sana melimpah. Ini juga dikatakan antara faktor kejadian tersebut berlaku.

“Kami menggunakan pam untuk menyedut air serta kren untuk menarik kereta keluar,” kata Doshi.

 

 

Nasib baik tak ada orang dalam kereta tu.

 

Baca : Dapat Hint Dekat Google Maps! Lelaki Hilang 22 Tahun Lepas Rupanya Dalam Kereta, Tenggelam Belakang Rumah!

Foot Kete 1

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.