in

Kanak-kanak Tadika Berusia 6 Tahun Dakwa Dirogol Murid Darjah 1 di Rumah Pengasuh

Budak Rogol

Sukar untuk anda percaya tetapi inilah realitinya. Seorang kanak-kanak tadika berusia 6 tahun mendakwa bahawa dia telah dirogol murid Tahun 1 di Melaka, lapor The Star.

Pihak polis telah menerima laporan berkenaan kes tersebut yang dibuat oleh ibu kanak-kanak itu yang berusia 30 tahun pada 20 Julai lalu.

Menurut ibu tunggal itu, anaknya telah mengadu alat sulitnya berasa sakit selepas pulang dari rumah pengasuh pada malam 19 Julai lalu. Kanak-kanak itu kebiasaannya tinggal di rumah pengasuh yang terletak berdekatan dengan tadika sehingga ibunya pulang kerja dan mengambilnya pulang.

Cabul 1
gambar hiasan

Risau dengan keadaan anaknya itu, dia terus memeriksa bahagian kemaluan anaknya dan mendapati terdapat kesan kemerah-merahan.

Kanak-kanak itu kemudian memberitahu ibunya bahawa anak lelaki pengasuh yang dipanggil ‘abang’ telah memasukkan jari ke dalam kemaluannya ketika ketiadaan orang dewasa di rumah itu.

Dia turut memberitahu bahawa “pipit” (burung) lelaki itulah yang menyebabkan kesakitan dialaminya pada ketika itu. Wanita itu membuat laporan polis keesokan harinya dan membawa anaknya ke Hospital Melaka di mana dia telah ditahan wad.

Melaka
gambar hiasan

Laporan perubatan menunjukkan bahawa terdapat selaput dara baru dan menurut seorang doktor dari Jasin, Dr M. Jegamurugan, agak mustahil bagi kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun untuk mengalami ereksi.

“Hubungan seksual sangat jarang berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang masih kecil, meskipun terdapat kes-kes sebegini, yang mana kebanyakkannya dikaitkan dengan persekitaran dan cara mereka dibesarkan.”

Jegamurugan turut memberitahu bahawa dia telah bekerjasama dengan ahli urologi dan mendapati terdapat kes-kes kanak-kanak lelaki mengalami ereksi di usia yang sangat kecil, walaupun ejakulasi tidak boleh berlaku sehingga mereka akil baligh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Kamaluddin Kassim berkata, dia telah mengarahkan pegawai-pegawai untuk menangani kes itu dengan bijak kerana ia melibatkan dua kanak-kanak yang masih kecil.

Polis 1
sumber: berita harian

Mereka juga telah menggunakan anak patung semasa proses penyiasatan untuk merekodkan kenyataan dari mangsa dan kanak-kanak lelaki itu.

Polis juga terpaksa memanggil ibu bapa kedua-dua kanak-kanak tersebut ke balai polis sebagai sebahagian daripada prosedur penyiasatan. Laporan itu disiasat secara awal di bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Kes masih dalam siasatan dan kami hampir selesai dengan penyiasatan yang dilakukan,” katanya.

Baca: Perompak Rogol Dua Staf Taska dan Simbah Clorox Atas Badan Untuk Hapuskan ‘Bukti’

Rogol