in

Kanak-kanak 3 Tahun Lemas Di ‘Homestay’, Ibu Bapa Disiasat Kes Pengabaian

syaz ft 2025 11 03T165355.382

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari keluarga di sebuah homestay bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan lemas di kolam renang rumah berkenaan.

Menurut laporan, mangsa dipercayai telah terjatuh ke dalam kolam tidak lama selepas keluarga selesai mengadakan penyampaian hadiah acara sukaneka pada kira-kira pukul 10 malam.


Mangsa disedari terapung dalam kolam oleh bapa saudaranya pada sekitar pukul 10:50 malam. Ahli keluarga segera melakukan bantuan pernafasan (CPR) sementara menunggu ambulans tiba kira-kira 40 minit kemudian.

Artikel berkaitan: Orang Ramai Cuba Selamatkan Kanak-kanak Mandi Sungai, 2 Daripada 5 Ditemui Lemas

Artikel berkaitan: Tular Rakaman Kenderaan Dihanyutkan Arus Deras, Kakitangan Sabah Electricity Dikhuatiri Lemas

Mangsa dibawa ke Hospital Melaka dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11:45 malam.

Semasa kejadian, bapa mangsa dipercayai berada di bahagian belakang rumah sedang menyediakan barbeku, manakala ibu mangsa berusia 36 tahun menyatakan bahawa kali terakhir beliau melihat anaknya ialah sekitar pukul 9 malam ketika mangsa naik ke bilik atas untuk bermain.

Di atas kejadian ini, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu berkaitan pengabaian, penganiayaan, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak. Kedua-dua ibu bapa mangsa akan dipanggil membantu siasatan.

Jika sabit kesalahan, hukuman dikatakan boleh mencecah sehingga penjara 20 tahun, denda hingga RM 50,000 atau kedua-nya sekali.

Sumber: Kosmo (1)(2)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.