Baru-baru ini, agak kecoh di media sosial mengenai status agama seorang wanita dari Malaysia, Illi Najwa yang telah berkahwin dengan kapten hoki India, Manpreet Singah Pawar lepas video perkahwinan mereka mengikut cara Punjabi di India tular.
Ekoran dari ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary mengatakan yang Illi Najwa akan disiasat berhubung perkara ini sejurs selepas dia kembali ke Malaysia.
Menurut Malaysia Gazette pula, Illi Najwa dikatakan telah pun memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar mengenai kontroversi yang melanda dirinya dan suami.
Dalam kenyataan itu, Illi mengatakan yang Manpreet telah pun memeluk Islam sejak tahun lalu dan dia sendiri tak pernah menukar namanya. Mereka juga dikatakan telah bernikah dengan cara Islam pada 16 Disember dalam satu majlis tertutup.
Saya tidak pernah menukar nama dan agama saya seperti apa yang mereka katakan, nama saya akan selalu menjadi Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarganya telah memanggil saya Navpreet sejak 2012 kerana sukar bagi mereka untuk memanggil saya dengan nama.”
Mengenai video majlis resepsi yang tular menunjukkan Illi dan Manpreet bertukar ikrar perkahwinan dan melakukan perbuatan yang mencetuskan pelbagai soalan mengenai status agamanya, Illi menjelaskan yang ia berlaku di luar kawalannya.
Katanya, dia dan suaminya tak minta perkahwinannya dirakamkan kerana sedar dengan isu sensitiviti yang akan dihadapi mereka. Namun rakaman tersebut telah didedahkan oleh media di India dan Illi dan suami tak gembira dengan apa yang berlaku.
Kami tidak mengatakan apa yang kami lakukan adalah betul tetapi kami tidak mempunyai pilihan dan Manpreet tidak pernah memberikan kenyataan sensitif dan ketika mendapat tahu tentang berita ini, dia meminta semuanya ditarik balik.”
Baca: Isu Status Agama Disiasat, Kerajaan Akan Panggil Illi Najwa