in

“Kami tak bodoh! – China Tunjuk Video Konon Uighur di Kem Xinjiang ‘Happy’, Tapi Netizen Tetap Kecam Sebab…

Xinjiang2 1

Berkali-kali ditanya tapi China masih menafikan tentang kekejaman terhadap beratus ribu orang Uighur di kem tahanan Xinjiang. Tetap sama, jawapan mereka adalah kem itu bertujuan untuk pendidikan semula meskipun makin banyak pendedahan tentang nasib Muslim di sana.

China1
sumber: youtube

Malah, beberapa bulan lalu sebuah video dari CBS News mendedahkan bahawa mereka telah dapat buat rakaman eksklusif keadaan dan suasana di dalam kem tahanan tersebut serta temu bual bersama tahanan di sana.

Dalam video tu, semua tahanan dilihat ‘happy’ dan tidak diseksa seperti yang dikatakan. Mereka juga turut menunjukkan suasana kelas pengajian, tarian, lukisan dan bermacam-macam lagi.

China4

China5
sumber: youtube

Wartawan CBS News juga sempat temu ramah tahanan di sana dan bertanya sama ada mereka dipaksa masuk ke dalam kem atau tidak.

Wartawan: Adalah ada masuk (kem) dengan rela hati?

Tahanan: Ya, saya datang ke sini untuk ubah pemikiran saya.

Chine3
sumber: youtube

Meskipun sudah cuba bermacam cara untuk membuktikan mereka tidak berlaku kejam kepada Uighur di Xinjiang, ramai orang dari seluruh dunia tetap tidak percayakan China. Menurut mereka, video ini terang-terangan dirancang dan hanya lakonan semata-mata. Ada pelbagai aspek yang membuatkan China masih diragui.

Contohnya, salah seorang tahanan yang ditanya itu mempunyai kesan lebam di mata seolah-olah kesan pukulan. Selain itu, mereka juga persoal mengapa perlu adanya menara tinjaun dan kamera CCTV serta kawalan ketat sekiranya kem itu hanya bertujuan untuk pendidikan semula?

China2
sumber: youtube

Kerajaan China juga dikatakan akan sentiasa pantau setiap aktiviti. Ketika bertanya pendapat salah seorang tahanan tentang tanggapan orang lain terhadap kem tahanan itu yang dikatakan seperti penjara, dia menjawab,

Saya tak faham apa maksud mereka tempat ini seperti penjara. Ini adalah pusat latihan.”

Selain kelas bahasa dan beberapa pembelajaran lain, tahanan juga dibenarkan untuk bersukan di tempat yang disediakan.

China6
sumber: youtube

Dalam masa beberapa tahun lepas, kerajaan China telah membina banyak kem seperti ini dalam kadar yang pantas di Xinjiang.

Meskipun dengan video sebegitu, ramai orang komen yang mereka tidak akan tertipu dengan lakonan China dan percaya bahawa tahanan itu semua dipaksa untuk senyum serta cakap tentang perkara baik sahaja.

“Sedihnya, ini adalah Holocaust sekali lagi.”

“Senyuman itu semua adalah palsu.”

“Mereka bukan ‘pelajar’, mereka adalah ‘banduan’.”

“Lelaki itu ada lebam di mata.”

“Saya bukan Muslim, tapi saya berasa sedih. Mengapa mereka tergamak buat macam tu.”

“Ini sangat teruk dan China menjijikkan.”

“Ini semua hanyalah penipuan China.”

Tonton video di bawah: 

Baca: “Propaganda Penindasan Etnik Muslim Uighur Adalah ‘Kerja Kotor’ Barat”-Duta Besar China Ke Malaysia

Featured 35