in

“Propaganda Penindasan Etnik Muslim Uighur Adalah ‘Kerja Kotor’ Barat”-Duta Besar China Ke Malaysia

Featured 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

P/s : Peringatan untuk korang, artikel ini agak panjang dan berfakta.

Sebelum ini dah banyak kisah penindasan dan kekejaman yang berlaku ke atas etnik muslim Uighur di China dilaporkan sama ada media cetak atau media elektronik.


Pelbagai video dan gambar juga tersebar memaparkan keadaan di wilayah tersebut.

“Isu Xinjiang sebenarnya propaganda jahat Barat”

Namun pendedahan yang penulis nak kongsikan kali ini mungkin akan sedikit mengejutkan apabila dikatakan segala propaganda mengenai Xinjiang merupakan ‘kerja kotor’ barat, lapor mStar.

Sebab itu media barat dilihat paling aktif melaporkan tentang ‘keadaan’ yang berlaku di Xinjiang sejak dari tahun lalu, dengan menggunakan tajuk sensasi seperti…

“Krisis kemanusiaan paling teruk dalam 90 tahun”

“Gerakan penahanan Muslim dijalankan secara besar-besaran di China”

Malah mereka juga cuba tonjolkan yang muslim di China dianiaya, namun adakah semua ini benar?

Ini penjelasan dan fakta yang dikongsikan Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian mengenai Xinjiang

Aae0Rje
Sumber: msn
  • Di China ada 200 juta penganut agama dengan 10 peratus daripadanya iaitu 20 juta merupakan umat islam, Kaum Hui dan Uighur adalah kaum terbesar dalam kalangan muslim China.
  • Secara purata setiap 530 orang muslim ada satu masjid, kadar ini lebih tinggi daripada negara-negara islam seperti Turki.
  • Kaum Uighur dan minoriti lain menikmati dasar dan kebajikan sosial leboh baik dari kaum utama di China iaitu Kaum Han, so tiada istilah wujudnya penganiayaan!
  • Kat China kan ada polisi untuk hadkan bilangan anak, tapi untuk kaum Uighur dan minoriti lain nisbah populasi mereka ditinggikan, maksudnya kerajaan akan tangguhkan Polisi Pengawalan Kelahiran 10 tahun untuk kaum minoriti.
  • Xinjiang merupakan wilayah pertama di China yang laksanakan polisi pendidikan percuma 15 tahun berbanding 9 tahun bagi wilayah lain.
  • Penduduk muslim dibenarkan untuk amalkan adat resam pengebumian mengikut agama islam.

Barat sorok fakta, elak perjelas isu sebenar

Selain itu, media barat turut menggembar-gemburkan mengenai penindasan ke atas kaum Uighur dan minoriti muslim lain atas alasan memerangi keganasan dan fahaman ekstremisme

Namun mereka tidak memberikan penjelasan terperinci berkenaan beberapa perkara iaitu…

2014217985861734 8
Sumber: blog
  • Wilayah Xinjiang di bahagian selatan iaitu kawasan miskin telah diresapi fahaman keganasan dan ekstremisme sejak 1990-an.
  • Ada pertubuhan asing yang mempunyai motif terselindung, tawarkan dana untuk galak anak-anak yang tak pergi sekolah kerajaan, belajar di sekolah agama haram dan terima ‘pembaptisan’ fahaman ekstremisme.
  • Ada sesetengah fahaman, anjur pemisahan Xinjiang dari China dan tubuhkan ‘Negeri Turkestan Timur’ yang amalkan sistem teokrasi.
  • Sejak 1990 hingga 2016, kumpulan pengganas, pelampau agama dan pengikut fahaman pemisahan telah adakan banyak insiden keganasan di Xinjiang dan kawasan lain hingga sebabkan kematian dan kecederaan orang ramai, polis dan kerugian hartan benda.
  • Tanggal 5 Julai 2009, hari paling Hitam bagi Xinjiang sebab beratus pelampau agama kaum Uighur serang orang biasa, polis selian hancur dan bakar bangunan kerajaan, rumah, kedai serta kereta di sekitar bandar Urumqi, akibatkan 197 maut dan lebih 1,700 cedera.
  • Imam Masjid Id Kah di Kashgar, Xinjiang dibunuh 3 pelampau agama di luar masjid pada 30 Julai 2014 sebab beberapa kali kutuk fahaman ekstremisme dan keganasan di Xinjiang.
  • Kerajaan pusat China dan wilayah Xinjiang laksanakan tindakan pencegahan keganasan dan penghapusan ekstremisme, hasilnya tiga tahun dah tak ada insiden keganasan di Xinjiang.
  • Pada 2018, jumlah pelancong dari dalam dan luar China cecah 150 juta, iaitu meningkat 40 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Uyghhur2

Uyghur4
Sumber : mstar

Bai Tian berkata, media barat juga mendakwa yang Pusat Pendidikan dan Latihan Vokasional Xinjiang sebenarnya adalah kem penumpuan iaitu kawasan penduduk muslim dipenjara dan ‘dibasuh otak’ dengan zalim.

Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Pusat pendidikan itu seperti sekolah asrama dimana pelatih boleh berkomunikasi dengan luar, balik rumah hujung minggu dan boleh mohon cuti.”

Zon perindustrian dan pembangunan teknologi urumqi, berhampiran ibukota urumqi, di wilayah autonomi xinjiang uyghur, china / sumber: mstar

Bukan itu sahaja, dakwa Duta Besar China itu lagi yang media barat juga telah memperbesarkan berita, katanya 23 negara termasuk Amerika Syarikat tuduh China berkaitan isu Xinjiang ketika mesyuarat Perhimpunan Agung PBB (UNGA) 2019.

Lepas itu New York Times dan media barat lain fitnah kerajaan China dalam laporan yang kata China laksanakan dasar “No Mercy” kepada rakyat Uighur.

Media barat sorokkan laporan yang tunjukkan keadaan positih wilayah Xinjiang tapi highlight berita yang palsu.

“Hakikatnya adakah media barat benar-benar peduli terhadap keadaan muslim di China atau mereka pergunakan isu Xinjiang sebagai senjata untuk kutuk china”

 

Hurm makin berbelit-belit pula isu kat Xinjiang ni, betul ke tak sebenarnya?

Baca : Kami disuntik supaya hentikan period-Bekas Tahanan Bongkar Kekejaman Di Kem Tahanan Xinjiang

Period

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.