“Kami sayang Najib! Hidup Najib!”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



“Kami sayang Najib! Hidup Najib!”

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib telah pun menghadiri beberapa program di Pekan, menandakan kali pertama beliau pulang ke kawasan Parlimennya sejak kemenangan di kerusi itu.

Kedatangan beliau telah mendapat sambutan hebat daripada penyokong-penyokongnya yang masih setia walaupun beliau terpalit dengan skandal penyelewengan duit rakyat.

Beliau disambut oleh pelbagai kaum di sana termasuklah kaum Cina, India dan Orang Asli yang berpusu-pusu untuk bersalaman dengan bekas PM Malaysia tersebut.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Tak cukup dengan itu, mereka turut menunjukkan sokongan terhadap Najib dengan melaungkan “Hidup Najib” dan bertakbir selain melaungkan “Kami sayang Najib” untuk menunjukkan solidariti kepadanya.

Semasa majlis dijalankan pula, ustaz yang membuka majlis terkedu dan hendak menangis semasa pembacaan doa mendoakan kesejahteraan Najib sekeluarga dan sebelum Najib memulakan ucapan beliau, orang ramai sekali lagi melaungkan “Hidup Najib” dan “Hidup UMNO” beberapa kali.

Dalam ucapan beliau, Najib menjelaskan skandal serta dakwaan terhadapnya dan keluarga yang diterima baik oleh para hadirin pada hari tersebut.

Sumber: Twitter

Namun begitu, video-video ini mendapat tohmahan daripada segelintir masyarakat yang mengatakan jumlah orang yang hadir tidaklah ramai mana berbanding dengan penyokong Anwar Ibrahim yang telah berkumpul semasa Himpunan Merdeka Rakyat.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Masih ramai penyokong Najib ye.

Sumber: Twitter

Baca: “Najib keturunan bangsawan, harta mewah tak ada kaitan dengan 1MDB”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.