in

“Kami ni kalau pergi court bukan berjoget macam kau kat Tiktok” – Peguam ‘Sekolahkan’ Ryzal Duriankimchi Pasal ‘Isu Parking’

Cats 92

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belum reda isu parking di mahkamah, nama Duriankimchi sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila lawaknya mengenai busana tradisi Iban, Sarawak mengundang kecaman netizen.



Walaupun permohonan maaf secara terbuka sudah dibuat, ia masih tidak menghalang seorang peguam yang dikenali sebagai Alan Razak tampil untuk mambahas semua kedua-dua isu ini.

 

Siapa Ryzal ni? 

Sebagai seorang peguam, menerusi IG Story hari ini, Alan memperjelas sebab kenapa parking di perkarangan mahkamah itu sangat penting buat para peguam memandangkan di mata Ryzal “hanya isu parking”.

Alanrazak

Alanrazak2

Alan memperjelaskan perkara ini bukanlah perkara remeh, katanya ramai peguam yang mengandung kena berjalan masuk mahkamah sambail mengusung barang-barang mereka.

Tambahnya pernah ada kes Peguam Pelatih dicuri kereta apabila parking di tempat lain. Alan sendiri kongiskan pengalaman bahawa keretanya pernah diconteng dengan perkataan “b*bi” di kawasan mahkamah.

Belum masuk perempuan kena kacau masa nak jalan ke tempat parking tepi-tepi jalan mana ntah lepas habis kes.”

Alanrazak3

Dalam pada itu, Alan juga menjelaskan situasi yang lebih spesifik yang membabitkan Neelofa parking kereta di Mahkamah Seremban.

Katanya, Komplek Mahkamah itu terletak betul-betul di tepi jalan, jadi peguam harus parking di seberang jalan.

Dengan nak angkut barang-barang tadi dengan tak ada jejantasnya. Tapi kami faham dah macam tu dan sebab kerja, kami harung jela. Tapi bila ada kes selebriti lain, pula treatmentnya. Kami tak minta peguam diagungkan, tak. Kami minta layanan yang sama adil.”

Alanrazak4

Alan juga ada membahaskan isu mengenai pakaian tradisi yang mengundang kemarahan orang ramai untuk terbaru ini.

Mempunyai keluarga angkat orang Sarawak dan dikelilingi dengan orang Sarawak, Alan pastinya turut terkesan dengan ‘lawak’ yang dibuat oleh Ryzal.

Sedap-sedap cakap macam kain buruk lah, alas meja la bagai. Jangan kata pakaian Sarawak, mana-mana pakaian tradisi kaum apa pun diaorang akan marah dik.”

Alanrazak5

Oleh sebab itu, Alan juga ada memberikan nasihat padu dan makan dalam kepada influencer diluar sana.

Alanrazak6 Alanrazak7 Alanrazak8

 

Baca : “Tiada sebesar zarah pun niat utk menghina” -; Dikecam Sebab ‘Ejek’ Baju Kaum Iban, Duriankimchi Mohon Maaf

Dk 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.