in

“Kami minum air kencing sendiri” – Etnik Rohingya Ceritakan ‘Detik Hitam’ Sebelum Diselamatkan Warga Indonesia

Featured Image 4 3 2

Nasib malang menimpa pelarian etnik Rohingya yang terdampar di laut baru-baru ini. Mengikut cerita, mereka mendakwa dipukul oleh penyeludup, malah lebih teruk terpaksa minum air kencing untuk teruskan hidup.

Perkongsian pengalaman pahit ini dibuat oleh pelarian itu sendiri selepas di selamatkan beberapa orang nelayan warga Indonesia di perairan Aceh Utara pada rabu lalu, Lapor Berita Harian.

Difahamkan kira-kira 100 orang pelarian Rohingya yang ditemui kebanyakkannya adalah wanita dan kanak-kanak.

Mereka turut mendakwa ada di antara mereka yang telah mati dan di campak ke laut. Angka yang terselamat dilaporkan kira-kira 94 pelarian termasuk 30 kanak-kanak.

Lari

Dua daripada mangsa yang terselamat itu mendakwa, penyeludup itu telah diupah untuk mengangkut etnik ini.

Lebih menyedihkan mereka telah dipukul dan di tinggalkan di satu bot kayu.

Rashid Ahmad, 50 tahun menceritakan detik-detik hitam tersebut ketika berada di pusat pertahanan imigresen di bandar Lhokseumawe di pantai utara Sumatera.

“Kami begitu menderita di dalam bot itu. Mereka menyeksa dan mencederakan kami. Malah, salah seorang daripada kami telah mati.

“Pada mulanya, ada makanan tetapi apabila ia sudah habis, mereka (penyeludup) memindahkan kami ke bot lain dan membiarkan kami hanyut di lautan,”

Lari1

Dalam masa yang sama seorang lagi mangsa terselamat yang dikenali sebagai Habbullah mendakwa yang penyeludup ini memukul mereka dengan teruk hingga telinganya luka, malah kepalanya turut dipukul.

Bagaimanapun, media tempatan masih belum dapat mengesahkan kesahihan kisah tersebut.

 

Baca: “Sebab Malaysia mudah simpati” – Sanggup Berhimpit & Siapa Mati Mayat Dibuang Dalam Laut, Demi Untuk Masuk Malaysia

Annotation 2020 06 30 155735