in

“Kami dijual macam ikan di pasar”- Pelarian Rohingya Jadi Mangsa Rakus ‘Ejen’ Penipu Sampai Ke Tahap Dirogol & Bunuh Sesuka Hati

Featured 18

Penindasan yang berlaku ke atas komuniti muslim Rohingya seakan tiada penghujungnya malah dalam laporan sebelum ini ada menyatakan yang situasi yang berlaku ke atas minoriti muslim itu sebagai ‘mimpi ngeri kemanusiaan dan hak asasi’.

Menurut sumber Berita Harian, etnik Rohingya menjadi pelarian selepas melarikan diri daripada operasi kejam tentera Myanmar, 2 tahun lepas yang disifatkan PBB sebagai pembersihan etnik.

So sebab itulah, ramai pelarian Rohingya melarikan diri ke negara-negara lain untuk meneruskan kehidupan, malah ada yang siap menggunakan ejen lagi.

 

Janji manis ‘ejen’ jadi mimpi ngeri buat pelarian Rohingya

Malangnya ada ejen yang rupa-rupanya ambil kesempatan diatas kesempitan yang dialami pelarian Rohingya ini..kejamnya~

Menurut Awani, harapan pelarian Rohingya untuk ‘lari’ dari kemelut yang melanda mereka hanya sekadar angan-angan apabila ada ‘ejen’ yang kononnya mahu membela nasib pelarian tersebut rupa-rupanya merupakan sindiket pemerdagangan manusia.

 

Salah seorang pelarian Rohingya, Rahim Ullah yang terselamat daripada janji manis ‘ejen’ yang mahu membawa mereka ke Malaysia dan Thailand berkata ejen yang sepatutnya membantu mereka membina kehidupan baharu sebaliknya mendera dan memaksa pelarian-pelarian ini..Hurmm keluar mulut buaya masuk mulut naga!

Mereka bukan sahaja mendera mereka, malah menjadikan mereka sebagai kuli paksaan di kem terpencil di sepanjang sempadan Malaysia”

 

Ada pelarian dirogol & bunuh, nak bebas boleh tapi kena bayar sebanyak….

Apa yang ‘ejen’ tersebut lakukan ialah, mereka akan menyeludup pelarian-pelarian tersebut dengan menyumbat mereka dalam kapal menangkap ikan pada masa sama ‘ejen’ tersebut tidak memberi bekalan makanan dan minuman yang mencukupi kepada pelarian tersebut.

Part paling kejam, dalam sesetengah kes ada antara pelarian ini dirogol dan dibunuh.

Namun ‘ejen’ ini bijak juga sebab mereka akan memberi tawaran kepada pelarian sekiranya ingin bebas dengan perlu membayar wang tebusan sebanyak RM6,800 setiap seorang..Weh! dahlah kau dera, pastu mintak duit lagi!

JIKA saya tidak dapat membayar mereka, mereka menuang air mendidih pada kepala dan badan saya.”

Kalau korang nak tahu, dalam laporan bertajuk ‘Sold Like Fish’ yang dihasilkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Fortify Rights menyatakan dengan jelas bagaimana penyeludup atau ejen ini membunuh pelarian serta menanam mayat-mayat tersebut dalam kubur yang dimuatkan beramai-ramai.

“Terdapat kematian setiap hari. Ada hari yang ramai, ada hari yang kurang. Tetapi ada kematian pada setiap hari,”Noor Begum, wanita Rohingya yang terselamat daripada kem pemerdagangan manusia.

 

Ya Allah kejamnyalah manusia macam ni. Semoga dipermudahkan urusan pelarian-pelarian ini untuk membina kehidupan baru.

Baca : Kami dipaksa mkn babi dilarang solat- Pendedahan Mengejut Seorang Etnik Uighur Terhadap Layanan Istimew Di Kem Tahanan Xinjiang.

Uighur