in

“Kami Dah Simpan Lama Lagu ni..” – De Fam Tak Sangka Lagu ‘Alamak Raya Lagi!’ Jadi Hit

Untitled Design 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti biasalah, kalau tiba je hari raya, kebiasaannya lagu rayalah yang menjadi penyeri suasana. Maka tak hairanlah, kalau hari ni, ramai penyanyi cuba tampil dengan lagu bertemakan raya yang memiliki lirik menarik dan irama ‘catchy’ sekaligus dapat menarik perhatian pendengar. 


Tahun 2024, lagu ‘Alamak Raya Lagi!’ boleh dikatakan sebagai lagu ‘raya of the year’ setelah ia  menjadi hit dan sering kedengaran di mana-mana. Penyanyi lagu itu, De Fam yang dianggotai oleh Azira Shafinaz, Sophia Liana dan Cik Manggis, menjelaskan lagu itu telah disimpan selama setahun. Ia sepatutnya dikeluarkan pada tahun 2022 inspirasi daripada ‘raya terkejut’ yang berlaku pada tahun itu. 

Artikel berkaitan :  Mak-Mak Ikut Trend TikTok Parodi Lagu De Fam Buat Netizen Terhibur

Artikel berkaitan : Netizen Teruja Kelab Bola Sepak Juventus Guna Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ Dalam Video

Namun, menurut mereka atas sebab tertentu, ia terpaksa disimpan dan hanya dapat dikeluarkan tahun ini. 

“Sepatutnya lagu ini dikeluarkan tahun lepas berdasarkan Raya ‘terkejut’ tahun 2022. Namun disebabkan ada banyak perkara yang tak sepatutnya berlaku pada tahun 2023, kami terpaksa simpan lagu ini. Alhamdulillah, lagu ni viral sampai ke luar negara” 

Lagu itu juga turut menerima tempias buruk daripada beberapa individu yang tampil menyuarakan ketidakpuasan terhadap lirik lagu itu yang disifatkan tidak bersesuaian. Antaranya, penggunaan perkataan ‘alamak!’ dan ‘wifi macam ba..’

 

Screenshot 2024 04 11 At 11.01.16 Pm 1 E1712855711949

 

De Fam menjelaskan ia bergantung kepada pemahaman pendengar samada ingin mengambil perkara itu secara negatif atau positif. Mereka turut menambah, sketsa yang digambarkan dalam lirik lagu itu secara keseluruhannya menceritakan suasana kelam-kabut yang biasa terjadi di hari raya. 

“Kita menceritakan sketsa kelam-kabut dekat dekat kampung, nak buat kuih raya, samping hilang dan sebagainya. Penggunaan kata ‘alamak’ tu bukanlah sesuatu yang mendalam, dan ia sebenarnya cerita yang sangat biasa terjadi dalam kalangan kita..”

Sddefault 1 E1712855436766

Sehingga kini, video itu telah meraih lebih 10 juta tontonan di YouTube sejak ia dikeluarkan pada 7 Mac lalu. Ia turut menjadi lagu latar suasana sambutan hari raya di pelbagai saluran media sosial dan mencipta ‘trend’ di TikTok. 

Wah..bolehlah tahun depan De Fam buat lagu raya best-best lagi!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.