in

“Kami dah laluinya dulu, kini kami laluinya sekali lagi” – Isteri Anak Menteri Respon Tuduhan Gay Dalam Video Seks

Anak Jemin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hampir satu hari ini, kisah skandal video seks melibatkan seorang individu bernama Haziq Aziz dan seorang lelaki mirip menteri kanan giat diperkatakan oleh netizen ramai.


Setelah mendiamkan diri beberapa ketika, anak-anak serta isteri kepada menteri kanan berkenaan akhirnya bersuara meluahkan rasa hati mereka yang terpendam mengenai skandal yang melibatkan orang penting dalam hidup mereka.

 

“Dosa fitnah lebih berat daripada membunuh”

Menerusi perkongsian Shamshida Taharin di Twitter, beliau memuat naik sepotong ayat Al-Quran mengenai dosa fitnah lebih berat daripada membunuh yang menandakan situasi yang dialami si suami.

Dalam pada masa yang sama, kedua-dua anak kepada menteri berkenaan iaitu Farah Syazliyana dan Ameer Azmin telah menyatakan support mereka untuk sentiasa berada di sisi ayah.

Menurut anaknya, mereka telah melalui ujian seperti ini dulu, dan kini sekali lagi mereka diuji dengan perkara yang sama. Kali ini, kata Farah, mereka akan lebih kuat daripada sebelumnya.

 

Solat hajat, mesyuarat tergempar bakal diadakan petang ini? 

Menurut Free Malaysia Today, pemimpin tertinggi PKR akan hadir di mesyuarat tergempar petang ini dengan pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memberitahu bahawa isu video seks tersebut mungkin akan dibincangkan walaupun ia bukan agenda utama pertemuan tersebut.

Dalam pada masa yang sama, tersebar juga notis yang mengatakan bahagian Komunikasi Keadilan Selangor bakal mengadakan majlis solat hajat dan bacaan yasin bagi menolak fitnah yang dilemparkan terhadap menteri tersebut.

Ia dijangka diadakan MALAM INI di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor.

Dalam pada itu, menteri kanan terbabit sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

Harap keluarganya tabah hadapi dugaan ini. 

Baca: “Kini dilabel sebagai Saiful Bukhari 2.0” – Rakan Kolej Dedahkan Siapa Haziq Aziz

Haziqrakan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.