Pasangan pelakon, Kamal Adli dan Uqasha Senrose dilihat hadir ke mahkamah hari ini untuk hari ketiga perbicaraan kes cerai mereka.
Kamal atau nama penuhnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, ketika ditemui media berkata, dia tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan rumah tangganya dengan Uqasha.
Dia juga memaklumkan bahawa dia masih tidak dapat berhubung dengan Uqasha sejak berlakunya kemelut rumah tangga di antara mereka.

Artikel berkaitan: Raih Perhatian Temani Uqasha Ke Mahkamah, ‘Coach Cerai’ Jelaskan Skop Kerjanya
Artikel berkaitan: “Kamal loves you” – Netizen Main Peranan, Banjiri Komen IG Uqasha Dengan Pesanan Kamal Adli
Kalau Uqasha ada pendirian dia, saya juga ada pendirian saya.
“Tak tahu nak komen apa. Ini kali pertama saya nak jumpa Uqasha selepas dua bulan. Komunikasi masih lagi melalui surat-menyurat dengan peguam,” katanya.
Kamal dilihat tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini sekitar jam 9.35 pagi ditemani peguam syarienya, Abdul Hadi Mohammad Salleh dan beberapa rakan terdekat.
Dalam pada itu, Uqasha pula telah tiba lima minit awal dan hanya memohon agar urusan mereka dipermudahkan.
Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya ketika tiba di mahkamah.
Uqasha hadir ke mahkamah ditemani peguam syarie Muhammad Syazmee serta ahli keluarganya termasuklah ibu Rosmizah Mohd Noor dan adiknya, Nelydia Senrose.
Sebelum ini, Uqasha telah memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 di satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Sumber: mStar
