in

“Kali terakhir ketika alih kereta” – Suami Buntu Sudah Seminggu Terputus Hubungan Dengan Isteri & Anak Akibat Banjir

suami terputus hubungan dengan isteri anak banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang suami berasa buntu apabila sudah seminggu tidak dapat berhubung dengan isteri dan anak-anaknya sebelum banjir besar melanda Hatyai, Thailand.

Shahrizal Kamarudin, 43, dari Ampang pilu mengenangkan isteri tersayang Maimuna Asnan, 37, dan anak-anak yang tidak pasti keadaan mereka.


Katanya, dia dimaklumkan keluarganya sedang berlindung di sebuah inap desa Pani House.

“Kami sepatutnya bercuti pada 21 hingga 24 November. Pada Jumaat (21 November) kami sampai 4 petang, sempat ke Central Hatyai dan sebelum balik inap desa, singgah makan.

“Sampai di inap desa 10 malam (waktu Thai), air kawasan jalan depan rumah memang dah naik sikit. Tanya tuan rumah selamat tak kawasan ni, dia cakap esok pagi kalau hujan lagi dia pulangkan duit, dan cari hotel lain,” katanya.

3354931

Artikel berkaitan: Pasukan Penyelamat Terima Ugutan & T*mbakan Semasa Nak Bantu Mangsa Banjir Di Hatyai

Artikel berkaitan: “Malu dengan orang Thai” – Sukarelawan Terkilan Dengan Sikap Buruk Segelintir Rakyat Malaysia Ketika Terkandas Di Hatyai

Terpisah selepas alihkan kereta

Menurut Shahrizal, pada hari kejadian kira-kira jam 3.30 pagi, pemilik inap desa meminta dia mengalihkan kereta ke tempat lebih tinggi iaitu kira-kira 1.5 kilometer dari tempat mereka menginap.

Namun, dia gagal berpatah balik ke penginapan mereka kerana air naik terlalu cepat dan dimaklumkan isteri serta empat anak mereka berusia lima hingga 15 tahun dalam keadaan selamat.

“Saya tak dapat hubungi mereka kerana bekalan elektrik telah dimatikan di kawasan inap desa itu. Pada petang Khamis (27 November), saya dapat maklumat mereka selamat tapi masih tak dapat masuk ke kawasan inap desa itu kerana hanya boleh dilalui dengan bot,” katanya.

Shahrizal yang kini sedang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Hatyairatprachasun School berkata, dia sedang berusaha mencari isteri dan anak-anaknya dengan menumpang kereta rakyat tempatan.

Sementara itu, dia juga dimaklumkan pihak bomba akan mencuba mencari keluarganya di kawasan inap desa berkenaan selepas air sedikit surut.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.