in

“Kalau transaksi sah, takda la orang maki!”- Netizen Pertikai Jawapan CIMB Berhubung Isu Duit Pelanggan ‘Lesap’

Untitled Collage 68

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni sedang kecoh mengenai isu pelanggan yang kehilangan wang mereka di dalam akaun simpanan CIMB, sehingga membuatkan isu itu trending di media sosial.


Bagaimanapun, CIMB Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan bagi memperjelaskan mengenai situasi ‘direct debit‘ yang dihadapi penggunanya sejak semalam — mengenai beberapa transaksi di aplikasi telefon bimbit CIMB Clicks atau laman sesawang bank itu.

Dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook rasminya, CIMB Bank memberi jaminan kepada para pelanggannya bahawa transaksi debit langsung dalam akaun mereka adalah transaksi kad debit yang sah.

Jelas CIMB Bank, insiden terpencil ini adalah berkait dengan beberapa transaksi tidak lengkap yang dibuat pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langganan atau perkhidmatan penstriman dalam talian.

We would like to reassure affected customers that the recent ‘direct debit’ transactions are legitimate debit card…

Posted by CIMB Malaysia on Friday, April 3, 2020

Penjelasan itu bagaimanapun menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pelanggan CIMB di media sosial, yang mempersoalkan alasan diberikan mereka. Malah, ada yang mendakwa mereka tidak pernah menggunakan bank tersebut untuk melakukan sebarang langganan penstriman dalam talian.

Cimb1

Cimb2

Cimb3

Cimb4

Pulak dah, macam mana ni? CIMB, care to explain?

 

Baca: Ramai Lapor Hilang Duit Di Akaun CIMB, Periksa Akaun Anda Sekarang!

Cats 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.