in

“Kalau taknak nanti makhluk ghaib kacau” – Liwat 19 Budak Lelaki, Tipu Kononnya Boleh Ajar Ilmu Kebal Badan

Featured Liwat

Seorang pemuda berusia 23 ditahan pihak berkuasa tempatan selepas didapati meliwat 19 orang kanak-kanak lelaki bawah umur di Kampung Cibojong, Desa Pulosari di Sukabumi, Indonesia. Menurut Jabar Suara, pemuda yang tidak didedahkan namanya itu menggunakan modus operandi pandai mengajar ilmu kebal kepada mangsa-mangsanya.

Pemuda itu telah ditahan polis pada Sabtu (27 Jun) kira-kira jam 11.30 malam di kediamannya dan dibawa ke ibu pejabat polis Sukabumi yang terletak dekat Palabuhanratu.

Liwat2

Menurut pihak polis, kegiatan jijiknya diketahui selepas ibu bapa kepada salah seorang mangsa membuat laporan anaknya telah dicabul oleh pemuda berkenaan.

“Berawal laporan salah seorang orang tua korban, yang menyatakan anaknya dicabuli oleh pelaku. Saat lidik ternyata korban bertambah jadi empat orang. Setelah itu tersangka mengakui jumlah korban sementara kurang lebih 19 anak laki-laki dibawah umur.”

Pemuda itu akan mendekati mangsa melalui Facebook sebelum memberitahu mereka dia boleh mengajar ilmu kebal badan. Tidak dinyatakan bagaimana dia meyakinkan mangsa untuk mempercayainya namun bagi memastikan kegiatan liwatnya itu berjalan lancar, pemuda berkenaan akan menakut-nakutkan mangsa.

Menurut polis, dia akan berkata kepada jika mereka menolak ritual sewaktu mempelajari ilmu kebal tersebut, nanti akan ada makhlub ghaib yang datang mengganggu dan mangsa akan menjadi gila.

Sodomi

“Kalau untuk berdasarkan pengakuan tersangka perbuatan cabulnya mohon maaf ada di antaranya mendapat perlakukan sodomi, ada hanya meraba alat vital, kebetulan seluruh korban ini laki laki usia dibawah 15 tahun.”

Ketika ini pihak polis masih cuba mendapatkan keterangan daripada mangsa-mangsa yang lain. Pemuda itu dilaporkan berdepan hukuman 15 tahun dan 5 tahun penjara kerana mangsanya melebihi satu orang.

“Ancamannya 15 tahun ditambah sepertiga karena korban lebih dari satu orang.”

Baca: “Berkeras nak buat ritual sendiri” – Ramai Ahli Keluarga ‘Culik’ Mayat Mangsa Covid-19 di Indonesia Dari Bilik Mayat

Feature4 2

Sumber: Tribun