Haish netizen ni tak habis-habis lagi ke buat fitnah kata Tun M dan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tak sebulu? Menurut Malaysiakini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail nafikan spekulasi yang kata suaminya, Anwar tak sabar nak gantikan Tun M sebagai Perdana Menteri.
Kata Azizah, kalau benar suaminya tu tak sabar, mengapa pulak suaminya sanggup bertahan bertahun lamanya masuk ke dalam penjara. Mereka sekeluarga jugak dah lalui pelbagai ujian sebelum sampai ke tahap ini.
“Kalau Anwar betul tak sabar (jadi perdana menteri), dia tak masuk penjara (dalam tempoh) 20 tahun (yang lalu). Dia masuk penjara, itu uji kesabaran bukan sahaja saudara Anwar tapi uji kesabaran kami semua.
“Dia (Anwar) dah kata tidak akan ambil peranan sebagai menteri pun dan ini adalah untuk (beri) Tun (Dr Mahathir) kendalikan kerajaan,” jelas Wan Azizah.
Antara spekulasi lain yang cuba burukkan hubungan Anwar-Mahathir ialah pertemuan Anwar dengan pihak istana yang dikatakan dilakukan untuk menjatuhkan PM dari belakang. Pun begitu, Wan Azizah tetap menegaskan bahawa dia dan keluarganya sangat komited dengan pimpinan Tun M.
“Cukuplah. Kalau ada desas-desus orang nak cakap (tentang perkara) ini, adalah mereka yang nak regangkan (hubungan). Janganlah dengar.
“Memang Anwar, saya, kita sekeluarga, Nurul (Izzah), kita komited dalam kendalikan kerajaan sekarang ini untuk tangani masalah negara kita. Kita mahu diingati sebagai rakyat Malaysia, ia bukan mengenai kedudukan,” kata TPM lagi.
Wan Azizah yang jugak disoal tentang pengalaman bekerja dengan Tun M berkata, PM yang berusia 93 tahun itu sangat fleksibel orangnya dan tak pernah mengongkong Wan Azizah malah sebaliknya beri beliau peluang untuk jalankan tugas sebagai TPM.
Haa siapa yang dok buat fitnah cuba renggangkan hubungan Tun M dengan Anwar ni? Sudah-sudahlah tu. Mereka dah berbaik-baik. Kita ni bila lagi nak stop dari bertelagah antara satu sama lain?