in

“Kalau tak mati, cacat seumur hidup atau daging hangus sampai ke tulang”-Zionis Israel Serang Palestin Guna Bom Fosfor Putih Yang Diharamkan!

Featured 12

Palestin menjadi tumpuan seluruh dunia ketika ini berikutan kekejaman Israel yang menyerang Gaza seolah-olah mahu melihat ia menjadi padang jarak pada tekukur. Media Israel dalam kenyataannya berkata sebanyak 70 bedilan roket telah dilancarkan ke bumi Gaza dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Lebih kejam lagi ia mensasarkan ke ibu pejabat Hamas, kawasan awam dan kawasan pertanian.

Namun apa yang lebih kejam daripada serangan tersebut ialah Israel telah melancarkan Bom Fosfor Putih ke wilayah Palestin yang mana ia sekaligus telah melanggar sekatan dunia yang mengharamkan penggunaan bom kimia tersebut..Dasar zionis!

 

Willie Pete aka BOM FOSFOR PUTIH, zat kimia sensitif dengan udara dan boleh jadi senjata yang dahsyat

Ada pihak yang menyebutnya sebagai Willie Pete atau White Phosphorus. Mudah sahaja nak kenal Bom Fosfor ni sebab ia akan kembang putih ketika ia dilancarkan ke udara. Kalau tengok dari jauh saat bom ni meletup, ia umpama bunga api yang selalu kita tengok waktu sambutan ambang merdeka atau tahun baru tu.

Menurut Remaja, Bom Fosfor Putih ni disebut sebagai Willie Pete sebab zat kimianya sangat mudah terbakar. Selain itu ia mudah menyala sekiranya bersentuhan dengan udara. So sebab tu Hak Asasi Manusia telah haramkan penggunaannya.

2 27
Sumber : facebook

 

**Tapi Israel tetap langgar peraturan ni dan kalau korang nak tau ni bukan kali pertama Israel guna bom tersebut sebaliknya sejak 2009 lagi.

 

Serpihan Fosfor Putih mampu bawa maut, daging hangus sampai tulang & cacat kekal

Kalau korang nak tau, bom ni pernah digunakan secara meluas waktu Perang Dunia Pertama & Kedua. Yang dahsyatnya pasal bom kimia ni ia mampu membawa maut (memang lah kalau kena bom boleh bawa maut, tapi yang ni lain).

Dilaporkan jika terkena serpihannya sekalipun boleh sebabkan cacat seumur hidup kerana kulit akan terbakar, selain daging bawah kulit akan hangus.

Semoga rakyat Palestin dijauhkan dari segala kezaliman dan kekejaman.

‘Bunga api’ ni memang la nampak cantik tapi kalau kena, hazab weh!

Baca : Tunggu tentera Allah turun Israel Bertambah Ganas, Musnahkan Bangunan Kerajaan Yang Pernah Ditaja Malaysia Guna Concussion Rocket

1111 1